• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Terpaksa Lupakan Sekolah Akibat SLE

oleh Ahmad Albab
11/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Tunku Laksamana di sini terpaksa melupakan hasrat ke sekolah selepas hilang penglihatan akibat penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang dihidapinya sejak berusia 13 tahun.

Nurul Jannah Johari, 16, dari Taman Bersatu, Kuala Kedah di sini merupakan seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih pada kakaknya, Julihaslinda, 36, yang hanya bekerja sebagai tukang sapu di sebuah sekolah.

Julihaslinda berkata adik bongsunya itu hilang daya penglihatan sejak Ogos tahun lepas setelah disahkan doktor menghidap penyakit SLE tiga tahun lepas.

“Saya tahu penyakit ini akan menyerang setiap organ tubuh kita termasuk mata dan anggota dalaman, adik saya juga kerap demam dan sakit sendi, manakala kulitnya seperti demam campak,” katanya.

Julihaslinda berkata, pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil mengambil upah sebagai tukang sapu di sebuah sekolah di sini tidak cukup untuk menanggung kos perubatan adiknya termasuk kos berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada setiap minggu.

Malah, pendapatan suaminya yang hanya bekerja sendiri cuma cukup untuk pebelanjaan dapur dan persekolahan bagi lima anaknya berusia lima hingga 15 tahun.

“Kalau nak harap gaji sebanyak itu memang tidak cukup kerana selain menanggung kos rawatan dan ulang-alik ke hospital, saya juga perlu menanggung perbelanjaan sekolah anak-anak serta sewa rumah, bil elektrik dan air,” katanya.

Menurutnya lagi, Nurul Jannah tidak boleh ditinggalkan seorang diri dan perlu sentiasa dijaga kerana sering sakit serta pengsan sebelum dibawa ke hospital menaiki motosikal.

Walaupun adiknya itu mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 sebulan tetapi ia tidak mencukupi kerana perlu membeli susu khas sebanyak dua tin sebulan dengan harga RM80 setiap tin.

Sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan bolehlah menghubungi Nurul Jannah sendiri di talian 0175832612 atau menyalurkan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) beliau di nombor 0210841000058158. – BERNAMA

Tags: Penyakitremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd