• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Tawar 1/2 Juta Yuan Bagi Info Cekup Perisik Asing

oleh
11/04/2017
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Pemerintah China menyiarkan iklan menerusi stesen televisyen dengan menawarkan hadiah wang tunai lumayan 500,000 yuan untuk sesiapa beri maklumat mengenai perisik asing.

Rancangan tersebut turut menyaksikan pihak berkuasa menyediakan saluran telefon khusus untuk masyarakat melaporkan individu waima warga tempatan sendiri yang dipercayai menjadi pengintip untuk pihak luar negara

Selain itu, pemerintah China turut memperingatkan rakyatnya agar lebih berwaspada ketika menjalinkan hubungan asmara dengan warga asing yang lazim digunakan ejen untuk mendapatkan maklumat rahsia kerajaan tersebut.

Sejumlah langkah juga diambil ketika meningkatnya kebimbangan Beijing berhubung laporan terhadap tahap risiko keselamatan dalam negeri dan kemunculan “kekuatan jahat” asing cuba merisik hal ehwal isu politik domestik.

“Usaha menjejak ejen perisik harus melibatkan keseluruhan masyarakat demi membangunkan pertahanan ‘tembok besi’ dan perisai bagi menghadapi penyusupan pengintip asing,” menurut laporan akhbar Beijing Morning Post.

Harian berbahasa Inggeris itu menambah, kebimbangan mengenai situasi keselamatan dalam negeri bertambah susulan dasar keterbukaan China dan meningkatnya jumlah rakyat negara itu yang melancong ke pelbagai negara.

“Sejumlah pengintip asing dan ‘kekuatan jahat’ lainnya sudah meningkatkan keupayaan mereka untuk masuk ke China dan mereka sudah melakukan kegiatan semacam pencurian informasi perisikan,” tambah akhbar tersebut.

“Beberapa orang tertentu, hanya kerana tamak demi mengejar habuan keuntungan peribadi, sanggup rela ‘menjual’ kepentingan nasional sendiri untuk kepentingan pihak perisik luar negara tersebut,” jelas Beijing Morning Post.

China yang sangat mengutamakan aspek kestabilan politik pernah mewartakan undang-undang keselamatan nasional pada 2015 namun ia dikecam aktivis hak asasi manusia kerana dianggap mudah untuk dieksploitasikan.

Kerajaan China lazimnya mengenakan hukuman penjara untuk tempoh agak lama bagi rakyatnya yang menjadi ‘tali barut’ pihak perisikan asing dan ada dihukum mati jika kesalahannya amat serius. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Chinayuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd