• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: United Airlines Seret Penumpang Dalam Pesawat

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNITED AIRLINES menjadi tumpuan media sosial apabila satu rakamanan video memaparkan seorang penumpangnya yang diheret keluar dari pesawat mencetuskan kemarahan netizen

Kejadian yang dirakamkan oleh salah seorang penumpang menunjukkan lelaki berusia 69 tahun itu diseret keluar secara paksa oleh tiga pegawai keselamatan dari tempat duduknya gara-gara tempahan yang berlebihan.

Difahamkan, tempahan tiket yang berlebihan menyebabkan pihak United Airlines meminta segelintir penumpang untuk menangguhkan penerbangan mereka secara sukarela di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare, Chicago.

Oleh kerana tidak ada sesiapa yang tampil, operator penerbangan terkenal Amerika Syarikat itu terpaksa memilih nama penumpang secara rawak.

Bagaimanapun, salah seorang penumpang yang terpilih itu enggan mematuhi permintaan mereka. Dia kemudian ditarik keluar oleh pegawai keselamatan penerbangan itu.

Menerusi rakaman, lelaki berketurunan Cina itu dilihat seakan-akan tidak sedarkan diri ketika diheret keluar dari pesawat.

Kedengaran penumpang lain berkata, “Oh Tuhan, apa yang kamu buat?” “Cara ini salah,” “Tengok, apa yang kamu sudah buat kepadanya” dan “Kamu pecahkan bibirnya.”

@united @FoxNews @CNN not a good way to treat a Doctor trying to get to work because they overbooked pic.twitter.com/sj9oHk94Ik

— Tyler Bridges (@Tyler_Bridges) April 9, 2017

Sementara itu, rakaman kedua memaparkan penumpang itu kemudian lari masuk ke pesawat berkenaan sambil berkata, “I have to go home (Saya perlu balik ke rumah),” beberapa kali.

@united @CNN @FoxNews @WHAS11 Man forcibly removed from plane somehow gets back on still bloody from being removed pic.twitter.com/njS3nC0pDl

— Tyler Bridges (@Tyler_Bridges) April 10, 2017


Dalam satu kenyataan, United Airlines mengesahkan lelaki berkenaan dibawa keluar dari pesawat itu.

“Penerbangan 3411 dari Chicago FSS ke Louisville terlebih tempah. Kami telah meminta beberapa kali secara baik kepada penumpang itu untuk melepaskan kerusinya sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan,” kata jurucakap United, Charlie Hobart.

“Kami mempunyai pelanggan lain di dalam pesawat itu untuk sampai ke destinasi mereka dengan selamat. Jadi, kami perlu mempertimbangkan keadaan seperti itu.

“Kami memohon maaf atas tempahan berlebihan,” tambah Hobart.

Sementara itu akhbar Sun-Times melaporkan Jabatan Penerbangan Chicago mengatakan kejadian itu tidak selari  dengan prosedur operasi United Airlines dan tindakan anggota keselamatan berkenaan tidak mencerminkan imej jabatan itu.

Beberapa pegawai terbabit telah diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amerika Syarikatkapal terbang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd