• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Rakam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Fuad Hassan

oleh Ahmad Albab
08/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan, yang meninggal dunia tengah malam tadi.

“Takziah kepada keluarga Dato Fuad Hassan, Ketua Pengarah JASA yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya menerusi twit terbaharu beliau di laman Twitter, hari ini.

Fuad, 62, menghembus nafas terakhir 12.20 tengah malam tadi di sisi anggota keluarganya, setelah tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, awal pagi semalam.

Allahyarham sebelum itu diserang sakit jantung semasa menghadiri majlis penutup Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu pada 11.15 malam semalam.

Allahyarham, pernah memegang pelbagai jawatan dalam Pemuda Umno Selangor dan Pemuda Umno Malaysia serta merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang (BN) selama dua penggal dari 1990-1999.

Allahyarham dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Jasa pada 2009.

Allahyarham merupakan abang kepada pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Bukit Teratai, Ampang, selepas Zohor hari ini. – BERNAMA

Tags: meninggal duniaNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd