• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Studio Filem ‘Kong: Skull Island’ Di Vietnam Dibuka

oleh Ahmad Albab
11/04/2017
dalam Artis, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NINH BINH (Utara Vietnam) – Studio filem yang menjadi lokasi pengambaran filem ‘Kong: Skull Island’, terletak di wilayah utara Ninh Binh sedang menjalani kerja-kerja pembaikan dan dijadual dibuka kepada pelancong pada 15 April, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Kerja-kerja pembaikan telah dijalankan selama lebih 20 hari dan dua daripada tiga peringkat pembaikan berjaya diselesaikan, kata seorang wakil Lembaga Pengurusan Landskap Trang An.

Kawasan yang telah dipulihkan ialah sebahagian kampung puak yang digambarkan dalam filem berkenaan.

Model kapal dan kapal terbang seakan digunakan dalam filem berkenaan juga akan dipamerkan.

“Pulau” itu terletak dalam Kompleks Landskap Trang An.

Menurut Lembaga Pengurusan Landskap Trang An, memandangkan studio Amerika Syarikat tidak dikenakan bayaran semasa melakukan pengambaran, pihak berkuasa tempatan diberi kuasa untuk memulihkan dan menukar kawasan itu menjadi lokasi pelancongan dalam tempoh masa tertentu selepas filem ditayangkan.

Pulau itu dibuka kepada pelancong pada 15 April serentak dengan Festival Trang An. Memandangkan lokasi studio merupakan sebahagian Kompleks Landskap Trang An, bayaran masuk adalah percuma.

Filem ‘Kong: Skull Island’ menjalani pengambaran di wilayah tengah Quang Binh, wilayah utara Quang Ninh dan Ninh Binh pada Febuari 2016 dan ditayangkan pada Mac tahun ini.

Pada 14 Mac, pengarah dan penulis skrip filem itu, Jordan Charles Vogt-Roberts turut dinamakan sebagai duta pelancongan Vietnam. – BERNAMA

Tags: studio
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd