• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga 2 Rakyat Malaysia Ditahan Ke Indonesia

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Keluarga dua rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia, akan ke negara itu esok bagi mendapatkan kepastian berhubung penahanan itu.

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia hari ini mengesahkan dua rakyat Malaysia yang dilaporkan “hilang” di Jakarta sejak 30 Mac lepas iaitu Mohamad Shafa Ahmad dan Kamarol Arifin Mohamad Darus, kini berada dalam tahanan polis.

Ibu kepada Kamarol Arifin, Hamidah Kordi, 65, berkata anggota keluarga kedua-dua belah pihak akan ke Jakarta esok bagi mendapatkan maklumat berhubung perkara itu.

“Saya tidak tahu mengenai anak saya (ditahan), polis pun tidak maklum apa-apa kepada saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.

Bernama hari ini melaporkan Kamarol Arifin dan rakannya, Mohd Shafa yang dilaporkan hilang sejak 30 Mac lalu, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Kedua-duanya ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta setelah polis menemui beberapa biji pil dipercayai dadah sintetik melalui pemeriksaan badan mereka.

Perkara itu disahkan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang menyatakan kedua-dua mereka kini berada dalam tahanan polis.

Beliau berkata kedua-dua rakyat Malaysia itu dapat dikesan setelah Atase Polis DiRaja Malaysia dan Atase Imigresen di Kedutaan Besar Malaysia menjalankan siasatan mengenai “kehilangan” mereka.

Mohamad Shafa, 29, dan Kamarol Arifin, 27, masing-masing bekerja sebagai penghantar surat dan juruteknik kilang, dilaporkan hilang oleh keluarga mereka.

Mereka hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 2 petang 29 Mac lepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Dua sahabat baik itu berasal dari Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, dikatakan mengunjungi Jakarta untuk menonton konsert Dj Armin Van Buuren di Jakarta International Expo. – BERNAMA

Tags: dadahditahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd