• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kalimah ‘Allah’: SIB Mohon Periksa Balas Pegawai KDN

oleh AK-47
10/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Gereja Sidang Injil Borneo (SIB), Datuk Jerry W.A Dusing @ Jerry W. Patel memohon supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan bagaimana penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam agama bukan Islam akan menyebabkan kekeliruan dan menjejaskan ketenteraman awam.

Perkara itu terkandung dalam afidavit sokongan Dusing yang difailkan pada 8 Dis 2016 dalam permohonannya untuk memeriksa balas pegawai KDN, Barkhiya Shahiruddin, yang mengikrarkan afidavit jawapan bagi pihak defendan-defendan iaitu KDN dan kerajaan Malaysia.

Dalam afidavit jawapan itu, defendan-defendan mengatakan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ adalah eksklusif untuk agama Islam serta umat Islam di negara ini dan penggunaan perkataan itu dalam agama bukan Islam menyebabkan kekeliruan dan sensitiviti keagamaan serta menjejaskan ketenteraman awam.

Peguam Dusing, Lim Heng Seng, memberitahu pemberita bahawa anak guamnya memohon untuk memeriksa balas pegawai tersebut bagi menentukan kebenaran afidavit berkenaan dan mahkamah menetapkan 11 Mei ini untuk pengurusan kes.

Afidavit Dusing itu diperoleh media melalui peguam yang mewakili Dusing iaitu Lim dan Tan Hooi Ping selepas pengurusan kes saman pemula SIB dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipah Farikullah hari ini.

Dalam afidavitnya, Dusing mempersoalkan kebenaran pengataan yang dinyatakan dalam afidavit defendan serta fakta yang kononnya merupakan asas untuk melarang pengedaran penerbitan Kristian selain daripada Bible yang mengandungi perkataan ‘Allah’.

“Pengataan dan fakta yang dipertikaikan adalah relevan kepada isu yang akan ditentukan oleh mahkamah, sama ada plaintif dan ahli jemaah mereka mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam menganuti dan mengamalkan akidah Kristian mereka,” kata Dusing dalam afidavit itu.

Dusing dan SIB, selaku plaintif, memfailkan saman pemula itu pada 10 Dis 2007 terhadap KDN dan kerajaan berhubung haknya untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan dan amalan keagamaannya.

Kedua-dua plaintif memfailkan saman itu untuk mencabar keputusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang merampas buku agama mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dibawa masuk dari Surabaya, Indonesia, di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Sepang pada 15 Ogos, 2007.

Ia bagi memohon perisytiharan bahawa mereka mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam terjemahan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia dalam Bible Kristian, dan semua penerbitan dan bahan keagamaan lain. – BERNAMA

Tags: Kementerian Dalam NegeriSIB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bajet 2022: Kementerian Pertahanan RM16 Bilion, KDN RM17 Bilion

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masing-masing diperuntuk dana sebanyak RM16 bilion dan RM17 bilion dalam...

Dukacita KDN Enggan Semak Semula Syarat

18/09/2021
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menzahirkan dukacita terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enggan menyemak semula syarat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd