• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mindef Sedia Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Mesir

oleh AK-47
10/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) bersedia untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir sekiranya perlu susulan pengisytiharan darurat selama tiga bulan di negara itu ekoran serangan pengganas.

“Mindef ketika ini sedang memantau dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia di bandar Tanta dan Iskandariah di Delta Nil, Mesir,” kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Affendi Buang berkata TUDM akan menunggu arahan daripada kerajaan sebelum menghantar aset TUDM bagi mengambil rakyat Malaysia di Mesir.

“Apabila TUDM menerima arahan untuk mengambil mereka (rakyat Malaysia) di Mesir, kami akan mengerakkan aset TUDM pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, TUDM juga mempunyai dua buah pesawat C130 yang kini sememangnya ditempatkan di Pangkalan Udara Putera Sultan (PSAB), Arab Saudi,” katanya.

Serangan bom di dua buah gereja Kristian Koptik di Mesir, semalam, mengorbankan 47 orang dan mencederakan 137 orang.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata serangan yang dilancarkan kumpulan militan Daesh di negara berkenaan amat membimbangkan dan Malaysia tidak terkecuali daripada menghadapi ancaman itu.

“Oleh itu, saya berharap orang ramai dapat membantu kami menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ dalam menyalurkan maklumat,” katanya.

Menurut Wisma Putra setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian serangan bom itu.

Terdahulu, Hishammuddin menyempurnakan istiadat penganugerahan Darjah Kepahlawanan kepada 405 pegawai dan anggota ATM.

Empat pegawai tertinggi ATM menerima darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), 25 penerima darjah Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), 174 penerima darjah Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan 202 penerima darjah Bentara Angkatan Tentera (BAT). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd