• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Drama Menang Besar Tumpang Tuah Buntat – Ziela

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penerbit drama Datuk Ziela Jalil menyifatkan kejayaan yang peroleh 7 Hari Mencintaiku dalam Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL2017) sebagai menumpang tuah pelakon kanak-kanak Muhammad Ariff Abdullah, 12, atau dikenali sebagai Buntat.

Pemilik syarikat produksi Pena Creative Pictures ini berkata, lakonan kanak-kanak berkenaan telah menyentuh hati penonton sehingga menjadikan episod 20 drama berkenaan meraih populariti secara mendadak.

“Semua yang terlibat dalam drama ini sama ada watak besar atau kecil memainkan peranan dan saya juga berterima kasih kepada Buntat kerana kejayaan ini juga sebenarnya menumpang rezeki dan tuah dia.

“Cerita ini menerima impak yang kuat pada episod 20 bila Buntat meninggal dunia dan kemudian mendapat perhatian sehingga menjadi fenomena,” ujarnya kepada mStar Online.

Drama Menang Besar Tumpang Tuah Buntat - Ziela

Ziela ditemui pada sidang media Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad.

Drama 28 episod yang disiarkan di slot Akasia itu turut merangkul enam kategori iaitu Drama Pilihan, Pengarah Pilihan yang dimenangi oleh Jamal Khan, dan Skrip Pilihan daripada PGRs Team.

Selain itu, pelakon utama drama berkenaan iaitu Shukri Yahaya dan Siti Saleha memenangi kategori Pasangan Pilihan dan Aktor Pilihan.

Manakala, lagu nyanyian Dayang Nurfaizah dalam drama berkenaan berjudul Lelaki Teragung turut meraih anugerah Lagu Tema Pilihan.

Dalam pada itu, menceritakan tentang watak Buntat, Ziela berkata, kanak-kanak itu dipilih selepas dicadangkan oleh pembantu produksi.

“Dalam naskhah itu ada watak kanak-kanak lembam (masalah pembelajaran) dan pembantu produksi mengenali Buntat menerusi sebuah filem yang pernah dilakonkan sebelum ini iaitu Jibam.

“Lakonan dia ikhlas dan sampai ke hati sehingga membuatkan penonton rasa betul-betul sedih, dia juga seorang yang senang terima tunjuk ajar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ziela berkata, kerjasama berpasukan juga menjadi kekuatan drama yang turut mencecah tontonan 12 juta tontonan itu.

Selain itu, katanya, dia tiada perancangan untuk melanjutkan drama tersebut kepada edisi istimewa.

“Biarlah drama ini berakhir di situ dan saya tidak merancang untuk ada edisi khas raya atau apa-apa lanjutan lain,” ujarnya. – mStar Online

Tags: selebritishukri yahayaSiti Saleha
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd