• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlantikan Mueller Tanda Komited Khazanah Perkukuh MAS

oleh Ahmad Albab
07/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS) baharu, menunjukkan Khazanah Nasional Bhd komited untuk memperkukuhkan kembali syarikat penerbangan negara itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kemampuan Mueller memulihkan syarikat penerbangan Ireland yang bermasalah, Aer Lingus dalam tempoh setahun, diyakini mampu melonjak kembali prestasi MAS sebagai antara syarikat penerbangan terbaik dunia.

Sehubungan itu, katanya, tidak timbul soal MAS atau Khazanah Nasional menafikan kebolehan anak tempatan menerajui syarikat penerbangan negara itu.

“Memang kita ada ramai anak tempatan yang bersama dengan MAS, sekarang kita hendak menstruktur semula MAS dan telah menggunakan pelbagai cara sebelum ini (tetapi tidak berjaya).

“Tidak ada masalah jika kita hendak melantik mana-mana orang yang berkebolehan, yang penting kita perlu dapatkan hasil dan hasrat kita untuk melihat MAS kembali menjadi sebuah syarikat penerbangan yang unggul menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru Zon Pantai Timur di Bukit Gambang Resort, di sini hari ini.

Pelantikan Mueller diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lepas, sekali gus melenyapkan teka teki mengenai calon yang akan dilantik untuk menerajui MAS melalui pelan pemulihan 12 perkara oleh Khazanah.

Bagaimanapun langkah itu menimbulkan rasa kurang puas hati beberapa pihak, termasuk SukaGuam yang mahukan rakyat tempatan diberi kepercayaan itu.

Liow berkata, kejayaan Mueller melakukan transformasi terhadap syarikat penerbangan bermasalah tidak boleh dinafikan.

“Kita berharap Mueller mampu memulihkan MAS dan terus menjadi medium terbaik untuk kita menjalinkan hubungan dengan negara lain di dunia,” katanya.

Menteri itu turut menolak dakwaan yang menyatakan Akta MAS yang diluluskan Parlimen 27 Nov lalu menafikan hak pekerja, termasuk untuk membuat apa-apa tuntutan kepada MAS.

Katanya, walaupun seramai 6,000 pekerja diberhentikan, namun mereka tidak dibuang secara mutlak, sebaliknya diberi latihan semula bagi membolehkan mereka diserap ke dalam syarikat berkaitan kerajaan yang lain. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiMAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

Notis Pelantikan Berkaitan Penyelesaian MAS – MAB

23/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Notis pelantikan dan alamat penyelesai interim yang berlegar di media sosial adalah berkaitan Malaysian Airline System Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd