• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demonstrasi Pemandu Teksi Bantah Uber, Grabcar

oleh Ahmad Albab
10/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kira-kira 400 pengusaha teksi hari ini mengadakan demonstrasi membantah keras kemasukkan perkhidmatan ‘e-hailing’, Uber dan Grabcar ke pulau peranginan ini.

Demonstrasi selama sejam di Laman Marmar Langkawi di sini diketuai Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Teksi Langkawi, Ramli Ahmad dan Pengerusi Pertubuhan Teksi Malaysia Cawangan Langkawi, Saad Mahmud.

Ditemui media semasa demonstrasi itu, Ramli berkata kedua-dua persatuan turut menghantar memorandum bantahan kepada beberapa pihak berwajib termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan wakil rakyat di Langkawi.

“Persatuan-persatuan ini mewakili lebih 1,200 pengusaha teksi di Langkawi… janganlah cuba nak masukkan pasir dalam periuk nasi kami (dengan memperkenalkan Uber dan Grabcar di Langkawi),” katanya.

Sementara itu, Saad pula mendakwa perkhidmatan Uber dan Grabcar merupakan satu agenda asing yang dibawa masuk untuk mengganggu gugat perkhidmatan teksi yang beroperasi dalam keadaan harmoni di Langkawi selama ini. – BERNAMA

Tags: GrabCarUber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Grab Jadi Bukti PH Memang Fitnah Rosmah

15/10/2018
0

SINDIR... Pengumuman Kementerian Kewangan untuk ganti bas pengantara stesen MRT dan LRT dengan khidmat Grab bukti selama ini Pakatan Harapan...

Pemandu Teksi Sepanyol Desak Kerajaan Sekat Uber

30/07/2018
0

PEMANDU teksi seluruh Sepanyol mengadakan protes besar-besaran menuntut syarikat kereta penumpang seperti Uber dihadkan jumlahnya. Pemandu teksi yang sesetengahnya sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd