• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Maut, Dua Kereta Bertembung Di Tanah Merah

oleh Ahmad Albab
10/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Empat orang maut manakala dua lagi cedera parah selepas dua buah kereta bertembung di Kilometer 89 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, Batang Merbau di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Muhammad berkata mangsa yang terbunuh ialah pemandu Nissan Bluebird, Mohd Roza Ismail, 38, manakala tiga lagi adalah penumpang Proton Saga iaitu Muhamad Saiful Sidik, 17, Paridah Ismail, 54, dan Nur Assyifa Muhamad Shaharil, 3.

Dua mangsa yang cedera parah dalam kejadian pukul 1.39 pagi ini ialah pemandu Proton Saga Muhamad Shaharil Sidik, 31, dan penumpang kereta tersebut Suhaila Sidik, 23, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mereka yang menaiki kereta Proton Saga adalah daripada sebuah keluarga berasal dari Jeli manakala Mohd Roza yang memandu sendirian Nissan Bluebird berasal dari Felda Kemahang di sini.

Suzaimi berkata tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Tanah Merah.

Beliau berkata ketika kejadian kereta dipandu Mohd Roza dalam perjalanan dari Jeli ke Machang bertembung dengan kereta dipandu Muhamad Shaharil yang mengakibatkan hadapan kedua-dua kereta remuk.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera parah dirawat di hospital sama. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd