• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Intai Wanita Guna Kamera Digital Diletak Pada Kasut

oleh Ahmad Albab
09/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Macam-macam perkara pelik sanggup dilakukan  orang untuk melayani nafsu seksual mereka.

Misalnya di sini seorang lelaki berusia 39 tahun dibelasah orang ramai selepas didapati mengintai dalam kain seorang wanita dengan menggunakan kamera digital kecil yang diletakkan pada kasut dan disambungkan terus kepada telefon pintar iPhone 6 miliknya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata kejadian itu berlaku di sebuah Pasar Tani di Jalan Langgar di sini di mana mangsa diintai ketika sedang membeli kuih di sebuah gerai di situ.

“Mangsa tidak menyedari perlakuan tidak senonoh suspek yang meletakkan kakinya ke bawah kain suspek ketika berada berhampiran sebuah gerai menjual kuih sehinggalah dia diberitahu perkara itu oleh orang ramai.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak memukul suspek selepas mendapati kasutnya mempunyai kamera digital yang boleh merakam video secara langsung yang bersambung dengan iPhone 6 milik suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang berusia 38 tahun dan menetap di Jitra itu menjelaskan dia yang langsung tidak mengenali suspek lalu membuat laporan polis.

Suspek yang bekerja sebagai pembantu operasi di sebuah syarikat kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 294 dan 509 Kanun Keseksaan.

Tidak diketahui sama ada suspek sudah berkahwin atau belum. – BERNAMA

Tags: mengintai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Myanmar Ditahan Rakam Gambar Wanita Buang Air

26/07/2019
0

JOHOR BAHRU - Seorang warga Myanmar menerima padah selepas ditahan polis kerana mengintai dan merakam gambar seorang kerani wanita sedang...

Bekas Pegawai Menteri ‘Skodeng’ Pun Belum Didakwa – Najib

11/07/2019
0

BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menarik perhatian kepada beberapa kes yang belum didakwa selepas siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd