• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pintu Kaca Balai Polis Buka Sendiri Cetus Misteri

oleh
09/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kejadian aneh apabila sebuah pintu kaca di Balai Polis Banda Hilir di sini yang terbuka sendiri sebagaimana dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mencetuskan misteri.

Media tempatan melaporkan, rakaman video selama 73 saat yang menjadi tular di media sosial sejak Jumaat itu menunjukkan dua bahagian pintu kaca di balai polis berkenaan terbuka sendiri, sebelum satu daripadanya pecah.

Difahamkan, berdasarkan kepada rakaman CCTV, ia menunjukkan insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 4.21 pagi pada Khamis minggu lalu, dengan tiga anggota polis secara kebetulan sedang berada di meja aduan awam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata pihaknya belum menerima laporan kejadian tetapi terkejut bagaimana rakaman CCTV berkenaan boleh menjadi tular menerusi media sosial.

“Saya sahkan yang pintu Balai Polis Banda Hilir pecah namun saya belum menerima laporan mengenainya. Kejadian mungkin disebabkan tekanan angin, namun saya masih menanti laporan daripada balai terbabit,” kata beliau.

Dalam laporan tersebut, Shaikh Abdul Adzis menambah, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut tentang bagaimana rakaman CCTV di balai polis itu boleh menjadi tular melalui media sosial. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: mistikpintu kaca
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Dirasuk Beramai-ramai

Pekerja Kilang Dirasuk Beramai-ramai

01/12/2025
0

OLEH MYNEWSHUB  CIANJUR, 1 Disember 2025 – Suasana kecoh tercetus di sebuah kilang pengeluaran boneka, PT Aurora World di Sukaluyu,...

29 Pekerja Pengsan Didakwa Akibat Kuasa Mistik

07/08/2018
0

PHNOM PENH - Seramai 29 pekerja sebuah kilang pakaian di wilayah Kampong Speu, Kemboja pengsan Jumaat lalu didakwa akibat dirasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd