• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Politik Disaran Letak Lebih Ramai Calon Wanita

oleh AK-47
07/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menggesa parti-parti politik di negara ini untuk meletakkan lebih ramai calon wanita pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan lebih ramai wakil rakyat di kalangan wanita di Parlimen.

Pandikar Amin berkata berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan Dewan Rakyat, kalangan wanita adalah anggota parlimen yang berfungsi dengan lebih efektif.

“Sepanjang pengalaman saya (sebagai Speaker Dewan Rakyat) selama sembilan tahun (didapati), anggota parlimen wanitalah yang paling efektif.

“Jadi saya harap kepada parti-parti politik sama ada kerajaan mahupun pembangkang untuk meletakkan lebih ramai calon wanita,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Seminar Anggota Parlimen Wanita Komanwel Asia Tenggara di bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir Timbalan Speaker Parlimen Singapura, Lim Biow Chuan; Pengerusi Anggota Parlimen Wanita Negara Komanwel (CWP), Datuk Dr Noraini Ahmad dan Setiausaha Agung Persatuan Anggota Parlimen Negara Komanwel, Akhbar Khan.

Selain itu, Pandikar Amin berkata matlamat untuk menjayakan dasar 30 peratus wanita berada dalam kumpulan penggubal dasar di sektor awam dan swasta juga tidak akan tercapai sekiranya parti-parti politik enggan menambah bilangan calon wanita untuk mewakili parti masing-masing.

Terdahulu dalam ucaptamanya, Pandikar Amin berkata hanya terdapat 2,086 atau 19.4 peratus anggota parlimen wanita di Asia.

“Justeru, anda (anggota parlimen wanita) perlu segera untuk kerajaan anda masing-masing melibatkan diri dan meminta untuk mencalonkan lebih ramai wanita sebagai calon semasa dalam pilihan raya.

“Mungkin, usaha perlu dijalankan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan wanita dan pelajar wanita mengenai bidang kerja anggota Parlimen dan memujuk mereka yang berpendidikan untuk menyertai politik,” katanya.

Beliau juga mencadangkan bagi mengadakan Program Asas CWP bagi anggota parlimen wanita yang baharu di rantau ini.

Program tersebut memberi banyak manfaat dan menyumbang ke arah komitmen kita untuk mencapai standard tertinggi tadbir urus demokratik,” kata beliau.

Sementara itu, Noraini dalam ucapannya berkata seminar sehari itu bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli di rantau ini untuk berkongsi pengalaman dan menimba pengetahuan mengenai kaedah membina keupayaan dan menggubal dasar membuat dalam dunia nyata menetapkan melalui sesi perbincangan interaktif dan peluang-peluang jaringan dengan pihak-pihak berkepentingan.

Program itu memberi tumpuan kepada pelbagai tema meliputi perundangan, pengurusan jawatankuasa dan penglibatan dengan masyarakat sivil, institusi antarabangsa dan sektor swasta. – BERNAMA

Tags: parti politikTan Sri Pandikar Amin Mulia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd