• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Putus Penghakiman Ingkar Terhadap Hadi 15 Dis Ini

oleh Ahmad Albab
07/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 15 Dis ini untuk keputusan permohonan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi untuk mengetepikan penghakiman ingkar terhadapnya dalam kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas pihak plaintif Mohd Shamsul dan defendan menamatkan penghujahan terakhir, kata peguam plaintif, A. Vasudevan kepada pemberita selepas sesi prosiding hari ini.

Pada prosiding itu, saksi plaintif, Luqman Ridhwan Mohd Nor, 26, daripada akhbar Kosmo, memberi keterangan manakala Abdul Hadi, selaku defendan, diwakili peguam Asmuni Awi.

Abdul Hadi tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini, bagaimanapun  kira-kira 200 penyokong presiden itu hadir di perkarangan mahkamah.

Pada 28 Okt lalu, Abdul Hadi dan ADUN Alur Limbat, Ariffin Deraman memberi keterangan sebagai saksi defendan manakala plaintif memanggil saksi iaitu ADUN Bandar, Azan Ismail dan wakil akhbar Kosmo bagi memberi keterangan.

Bagaimanapun wakil akhbar Kosmo tersebut tidak hadir sebanyak dua kali memberi keterangan (28 Okt dan 23 Nov) sungguhpun waran tangkap telah dikeluarkan, tetapi waran tangkap itu tidak dapat dilaksanakan.

Pada 23 Feb lepas, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Dis tahun lepas.

Pada 27 Feb lepas, Abdul Hadi memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar itu.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi berhubung kenyataannya bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 tahun lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. – BERNAMA

Tags: Hadi Awang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd