• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seniman Cadang Tapis Artis Luar Negara Kepada TPM

oleh AK-47
07/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONTROVERSI pelawak Najip Ali yang dilaporkan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu rancangan OK Chope! nampaknya mendapat perhatian meluas Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Terbaharu, Presiden Seniman Zed Zaidi memaklumkan pihaknya bakal menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Memorandum itu bertujuan menapis kemasukan artis luar negara dan hanya membenarkan artis berkualiti yang tertakluk kepada undang-undang Malaysia sahaja.

“Seperti yang semua sedia maklum, baru-baru ini, imej negara kita tercalar apabila pengacara dari Singapura, Najip Ali mempersenda Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dalam satu program bual bicara di negara jiran itu.

“Untuk memastikan mesej ini sampai, saya akan menghantar sendiri memorandum ke tangan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri.

“Saya selaku Presiden Seniman merasakan bahawa tindakan perlu diambil, bukan sahaja memfokuskan kepada apa yang dilakukan oleh pengacara itu, tetapi juga sebagai pengajaran kepada artis luar lain yang mencari rezeki di negara ini.

“Kalau boleh, kita tapis dan hanya benarkan artis berkualiti sahaja yang dibenarkan masuk untuk bekerja di negara ini. Kalau ada yang menghentam dan memperlekeh negara serta industri seni kita, kita sekat.

“Saya menyarankan agar diwujudkan peraturan, sekiranya artis luar negara ingin bekerja di sini, mereka perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Seniman terlebih dahulu,” kata Zed kepada Harian Metro.

Tengah hari tadi, Zed bersama beberapa selebriti yang mewakili Seniman dilaporkan telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wang  ke atas lima selebriti yang menyertai program OK Chope!

Lima selebriti itu ialah Vernetta Lopez, Sam See, Rishi Budhrani, Najip Ali dan Mike Kassim.

Akibat kontroversi itu juga, tempat Najip yang merupakan  pengkritik tetap program Maharaja Lawak Mega 2017 diganti kepada bintang lain. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Najip AliSeniman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sektor Seni, Budaya, Hiburan Bakal Bangkit Semula

17/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Dana sokongan bagi sektor seni, budaya, hiburan dan industri penganjuran acara sebanyak RM225 juta melalui Pelan Jana Semula...

SENIMAN Saran Artis Lapor Polis, SKMM Ke Atas Zarina

01/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menyarankan para artis dan penggiat seni membuat laporan polis terhadap seorang selebriti yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd