• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Miss Malaysia Menang Saman RM354 Juta

oleh AK-47
07/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Pengerusi bukan eksekutif Laura Ashley diarahkan mahkamah Britain di sini supaya membayar £64 juta (RM354 juta) kepada bekas isterinya yang juga bekas ratu cantik Miss Malaysia.

Selepas mengambil kira bukti yang dikemukakan ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi London, Hakim Bodey mengumumkan pakej bernilai £64 juta (RM354 juta) itu untuk Pauline Chai, 70, termasuk wang tunai dan hartanah.

Terdahulu, Pauline yang pernah dinobatkan sebagai Miss Malaysia pada 1969; meminta kira-kira £100 juta (RM553 juta) daripada bekas suaminya, Khoo Kay Peng, 78, apabila perkahwinan mereka berakhir selepas 42 tahun.

Bagaimanapun, Kay Peng berkata, Pauline hanya layak menerima £9 juta (RM49.9 juta) sahaja.

Selepas perbicaraan itu, Pauline mengucapkan terima kasih kepada pasukan guamannya.

Pauline dan Kay Peng yang berasal dari Malaysia berkahwin pada 1970 dan dikurniakan lima cahaya mata.

Mahkamah diberitahu, mereka sudah membelanjakan lebih £9 juta (RM49.8 juta) untuk bayaran guaman sejak berpisah.

Sebelum ini, mereka juga tidak dapat bersetuju jika pembahagian harta itu dikendalikan di mahkamah England atau Malaysia dan melancarkan tindakan undang-undang di kedua-dua negara.

Kay Peng yang berpangkalan di Malaysia mendakwa kediaman mereka di Malaysia dan keputusan pembahagian harta dan wang perlu dikendalikan di Malaysia.

Dia mendakwa Pauline hanya ingin mengadakan perbicaraan di England untuk mendapat jumlah yang lebih banyak.

Namun, Pauline berkata, mereka berpindah di Berkhamsted di England sebelum berpisah dan hal penceraian sepatutnya dikendalikan di mahkamah England.

Keputusan lokasi pengendalian kes itu berpihak kepada Pauline susulan arahan tiga hakim Mahkamah Rayuan di London pada Disember 2015. – DAILY MAIL UK

Tags: kes samanpauline chairatu cantik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

26/05/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan akhir Public Bank Bhd untuk mengetepikan saman RM560 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd