• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Ditahan Cuba Seludup Barangan Kawalan

oleh AK-47
06/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan dua lelaki tempatan dan sebuah bot jongkong yang disyaki membawa barangan kawalan tanpa dokumen yang sah untuk tujuan seludup keluar semalam.

Pengarah Maritim Tawau Kapten Romli Mustafa berkata bot itu ditahan oleh bot ronda Ma ritim di Timur Laut Sungai Melayu semasa menjalankan Op Pluto Timur kira-kira pukul 2.30 petang.

Beliau berkata dua lelaki berumur 23 dan 48 tahun ditahan dalam kejadian itu dan anggota yang memeriksa bot jongkong itu menemukan muatan barangan kawalan tanpa dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

“Bot itu membawa 10 tong gas memasak (setiap satu 14kg), 80 kotak tepung gandum (setiap kotak seberat 10kg), 70 kampit gula pasir (setiap kampit seberat 24kg), dan 145 kotak minyak masak (setiap kotak seberat 17kg) disyaki cuba untuk diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Romli berkata keseluruhan barangan yang dirampas berserta jongkong dan enjin dianggarkan bernilai RM54,300.

Katanya APMM Tawau akan meningkatkan penguatkuasaan dan giat bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain dalam membanteras kes yang melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata orang ramai yang melihat sebarang kejadian mencurigakan dan menyalahi undang-undang semasa berada di laut boleh melaporkan segera ke MERS 999 atau hubungi Pusat Operasi Maritim Tawau di talian 089-752115. – BERNAMA

Tags: APMMseludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd