• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Musnahkan Rumah 3 Sekeluarga Di Jengka

oleh Ahmad Albab
06/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Bagai sudah jatuh ditimpa tangga.

Itulah yang dialami anak peneroka, Saiful Shamsul Shuhairi Ghazali, 26, apabila rumah kediamannya bersama-sama ibu dan adik perempuannya, musnah dalam kebakaran di Felda Jengka 18 di sini, semalam.

Belum pun reda dengan kesedihan akibat kematian bapanya Ghazali Lebai Saari, 61, pada pertengahan Februari lepas, kali ini mereka sekeluarga berdepan musibah kebakaran yang menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

“Semasa kejadian 10 malam itu, saya tiada di rumah kerana menghadiri majlis ceramah perdana penceramah bebas Ustaz Kazim Elias di tapak pasar malam di Felda berkenaan,” katanya di sini.

Beliau berkata ketika itu ibunya, Salmiah Saad, 60, dan adik perempuannya, Shamsul Suriani, 24, sedang berniaga di tapak pasar malam itu.

“Saya kemudian mendapat kiriman mesej daripada rakan menerusi aplikasi WhatsApp yang memaklumkan rumah saya terbakar,” katanya.

Setelah bergegas balik ke rumahnya, beliau mendapati semua barangan termasuk dokumen penting milik keluarga tidak dapat diselamatkan kerana api marak membakar rumahnya.

Bagaimanapun, katanya beliau hanya sempat menyelamatkan kereta Proton Persona miliknya yang ketika itu sudah hangus di bahagian bumper hadapan.

Saiful berkata mereka sekeluarga bagaiamanapun reda dengan ujian itu dan merancang menumpang sementara di rumah abangnya di kawasan Felda yang sama.

Sementara itu, Komander Operasi Bomba Jengka Pegawai Bomba dan Penyelamat Kanan II Mat Zain Mat Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.06 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama-sama lima anggota.

“Sebaik tiba di tempat kejadian kita mendapati rumah mangsa telah musnah keseluruhan dan api dapat dikawal setengah jam kemudian untuk mengelaknya merebak ke rumah berhampiran,” katanya.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tags: kebakaranRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd