• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Klinik Kesihatan KL Bakal Operasi Sehingga 9.30 Malam

oleh Ahmad Albab
06/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Waktu operasi perkhidmatan Klinik Kesihatan Kuala Lumpur di Jalan Fletcher di sini akan dilanjutkan sehingga 9.30 malam dalam tempoh tiga minggu lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata waktu operasi sekarang dari 8 pagi hingga 5 petang dilanjutkan bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.

“Sejak dibuka tiga hari lalu, kira-kira 700 pesakit telah mendapatkan perkhidmatan kesihatan di klinik ini,” katanya mengenai fasiliti kesihatan itu yang sebelum ini dilapor mampu menampung sehingga 3,000 pesakit sehari.

Lebih 50 doktor perubatan termasuk empat doktor pakar kesihatan keluarga serta 200 pegawai kesihatan bertugas di klinik itu, kata Dr. Subramaniam kepada pemberita selepas membuat tinjauan di klinik berkenaan hari ini.

Menteri itu berkata klinik itu menggantikan perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekali gus mengurangkan kesesakan di hospital berkenaan.

Dr Subramaniam berkata 12 perkhidmatan disediakan di klinik yang dibina dengan kos RM50 juta itu antaranya pesakit luar, pergigian, ibu dan anak, pakar, rehabilitasi, x-ray, makmal dan farmasi.

Mengenai aduan sesetengah pesakit perlu menunggu lama bagi memasukkan butiran dalam sistem berkomputer, beliau berkata masalah itu dijangka selesai dalam tempoh sebulan.

Beliau turut ditanya mengenai tawaran lima peratus tempat untuk kursus perubatan, pergigian dan farmasi di universiti awam (UA) kepada pelajar asing mulai pengambilan tahun ini.

Dr Subramaniam berkata usaha itu membolehkan UA menambah sumber kewangan kerana kos pengajian akan ditanggung sepenuhnya tanpa subsidi oleh pelajar asing berkenaan.

Tawaran tempat pengajian itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melakukan lawatan ke India.

Ia selaras dengan liberalisasi sistem pendidikan tinggi dan usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniamklinik kesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd