• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perak ‘Tidak Pilih Bulu’ Agih Peruntukan

oleh Ahmad Albab
06/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri Perak tidak pernah meminggirkan atau bersikap berat sebelah kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dalam aspek pemberian peruntukan.

Exco Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata kerajaan negeri memberi peruntukan sebanyak RM4,000 sebulan kepada semua ADUN sama ada kerajaan atau pembangkang.

Katanya peruntukan itu diberi untuk kegunaan pusat khidmat ADUN termasuk elaun kakitangan dan bayaran utiliti bagi membolehkan wakil rakyat memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

“Tidak kira ADUN mana semuanya mendapat peruntukan sama setiap bulan selari dengan moto kerajaan negeri tiada tertinggal, tiada terpinggir,” katanya semasa menjawab pertanyaan tambahan Chen Fook Chye (DAP-Keranji) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Chen ingin tahu bilakah kerajaan negeri akan memberikan peruntukan kepada pembangkang memandangkan mereka adalah wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi dalam Pilihan Raya Umum lepas.

Dalam pada itu, Mohamad Zahir berkata kerajaan negeri melantik Pejabat Daerah dan Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan di setiap daerah bagi menguruskan terimaan peruntukan dan mengenal pasti projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing. – BERNAMA

Tags: adun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

30/04/2026
0

DALAM politik kadang-kadang yang paling kuat bersuara bukan semestinya yang paling tepat hujahnya. Isu melibatkan sayap pemuda DAPSY mendesak Perdana...

Pemuda DAP Minta PMX Pecat Menteri Luar, Mohamad Hasan

Pemuda DAP Minta PMX Pecat Menteri Luar, Mohamad Hasan

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memecat Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd