• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustapa Sertai Pameran AEM Ke Jepun

oleh AK-47
06/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, akan menyertai Pameran Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke Jepun dari 6-8 April, 2017.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), berkata pameran itu melibatkan Tokyo, Kyoto, Osaka dan Wakayama.

“Matlamat utama pameran tersebut ialah meningkatkan kesedaran dalam kalangan syarikat Jepun mengenai potensi ASEAN sebagai pasaran dagangan yang kompetitif dan destinasi pelaburan yang menarik,” katanya.

Kali terakhir Pameran AEM ke Jepun diadakan adalah pada Mei 2012. Pameran AEM yang sama turut diadakan sebelum ini ke China, Kanada dan Amerika Syarikat.

MITI berkata susulan Pameran AEM itu, Mustapa juga akan menjalankan misi perdagangan dan pelaburan ke Jepun dari 9-12 April, 2017 dan Korea Selatan dari 13-14 April, 2017.

“Mustapa akan mengetuai delegasi sehingga 60 peserta yang terdiri daripada pegawai dari agensi-agensi, termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Lembaga Pelaksanaan Koridor Utara, Invest Penang dan Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah,” katanya.

Kementerian berkata misi itu merupakan program tahunan yang penting untuk terus meningkatkan hubungan ekonomi dua hala Malaysia dengan Jepun dan Korea Selatan.

Program tersebut termasuklah mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat menteri di Seoul, seminar di Osaka, Tokyo dan Seoul menumpukan kepada peluang perniagaan di Malaysia, katanya.

MITI berkata Mustapa turut dijadualkan menghadiri mesyuarat perniagaan dan mesyuarat meja bulat dengan peneraju industri yang terpilih serta perusahaan kecil dan sederhana.

“Mesyuarat dengan syarikat Jepun dan Korea Selatan akan meneroka bidang yang berpotensi seperti perkhidmatan dan makanan halal, farmaseutikal, peranti perubatan, kosmetik, jentera, biojisim, elektrik dan elektronik, animasi dan Internet of things,” katanya.

Mustapa juga akan mengambil peluang untuk menemui profesional dan pelajar Malaysia semasa kunjungannya ke negara-negara tersebut, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa MohamedPameran AEM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd