• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini dinamakan sempena bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Linggi berkata legasi Adenan, yang meninggal dunia pada Januari lepas, perlu diteruskan kerana dalam tempoh singkatnya sebagai ketua menteri, beliau amat disayangi oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Sarawak.

“Ia merupakan satu penghormatan yang tepat untuk menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sempena Tan Sri Adenan Satem,” katanya pada forum mengenai perpaduan di Sarawak yang dianjurkan Yayasan Perpaduan Sarawak di sini.

Beliau berkata Sarawak mempunyai pemimpin berkualiti yang berfikiran luas dan berpandangan liberal sejak sekian lama yang membolehkan mereka menggubal dasar inklusif bagi mengukuhkan lagi keharmonian kaum dan agama di negeri ini.

Menurutnya ketua menteri dahulu dan sekarang seperti Allahyarham Tun Abdul Rahman Yakub, Tun Abdul Taib Mahmud, Allahyarham Adenan serta Ketua Menteri kini, Datuk Amar Abang Johari adalah pelajar Sekolah St. Joseph elit pelbagai kaum, yang merupakan ‘tadika bagi perpaduan kaum dan agama’ dan sinonim dengan Sarawak.

“Ketua Menteri kita sekarang Datuk Amar Johari sememangnya seorang pengamal perpaduan kaum dan pemimpin masa depan kita diharap dapat mewarisi legasi ini,” kata Linggi, yang merupakan anak pemimpin Dayak legenda Sarawak, Allahyarham Tun Temenggong Jugah anak Barieng.

Beliau turut menyentuh tentang rumah panjang Dayak tipikal, di mana beliau dilahirkan, sebagai tempat yang menyediakan persekitaran semulajadi bagi perpaduan.

“Perpaduan adalah rencah penting dalam kehidupan rumah panjang di mana adanya pemahaman budaya, kepercayaan dan nilai-nilai bersama yang lengkap selain sikap yang amat inklusif,” katanya.

Menurutnya satu ciri unik Sarawak adalah walaupun mempunyai banyak masyarakat etnik, tidak ada satu kaum pun yang membentuk majoriti dengan tiga kumpulan etnik terbesar iaitu Dayak, Melayu dan China mempunyai jumlah penduduk yang hampir sama.

“Dari segi politik, tidak ada kaum tunggal di Sarawak yang boleh membentu kerajaannya sendiri,” katanya.

Linggi juga berkata ekstremisme kaum dan agama boleh mengancam masa depan Malaysia dan semua pihak perlulah memainkan peranan dalam usaha mengukuhkan lagi semangat kekitaan kepada negara. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemLapangan Terbang Kuching
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

PRK: 4 Anak Adenan Satem Turut Berkempen

11/02/2017
0

LUNDU - Empat anak allahyarham Tan Sri Adenan Satem turut berkempen dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd