• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Malaysia Food Festival’ Pada 28 Sept Hingga 1 Okt

oleh Ahmad Albab
05/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani buat julung kalinya akan menganjurkan pameran makanan antarabangsa ‘Malaysia Food Festival 2017’ pada 28 Sept hingga 1 Okt ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sejumlah 850 pempamer dari dalam dan luar negara telah menyatakan kehadiran dalam pameran makanan terbesar itu.

“Festival ini merupakan satu ekspo hidangan dari seluruh negara dengan mengetengahkan kepelbagaian produk makanan dan sebagai menghargai usaha seluruh komuniti di sebalik industri makanan di Malaysia.

Melalui festival ini, orang ramai akan dapat mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia,” katanya selepas merasmikan pavillion kementerian itu di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurutnya pameran di festival makanan itu akan mengetengahkan elemen penghasilan makanan yang sihat dan selamat, penyediaan makanan melalui demonstrasi masakan oleh chef terkemuka, teknologi pembungkusan serta pengalaman agropelancongan.

Antara pengisian program festival yang diadakan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebagsaan itu ialah pameran agroteknologi, jualan, seminar, bengkel dan konsert ‘Rhythm of the Farmers’.

Ditanya mengenai penemuan sejumlah kepak ayam sejuk beku yang ditanam pihak berkuasa di Bukit Aup, Sibu, Sarawak, Ahmad Shabery berkata beliau telah berhubung dengan Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Sarawak Datuk Seri Douglas Uggah Embas untuk mendapat maklumat lanjut.

“Saya baru berhubung dengan Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Sarawak dan akan dapatkan maklumat lebih banyak daripada pihak sana dan selepas ini baru kita akan siasat perkara ini,” katanya.

Baru-baru ini media melaporkan beberapa penduduk Bukit Aup datang ke kawasan pembuangan itu dan menggali tapak di mana beberapa kontena kepak ayam sejuk beku dilupuskan dan ditanam oleh pihak berkuasa Jumaat lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ECRL Pun Tinggal Kenangan Seperti Perwaja Steel

23/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu ketika dahulu projek Perwaja Steel pernah menjadi projek kebanggaan Perdana Menteri ke-4 untuk masyarakat Pantai Timur...

Shabery Anggap Pemilihan UMNO Kali Ini Paling Meriah

21/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang akan datang tidak lama lagi dilihat paling meriah sengan penawaran diri ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd