• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dagangan Dua Hala Malaysia-Britain Tidak Terganggu

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Britain tidak terganggu selepas Brexit, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Seperti mana anda tahu, kami mempunyai beberapa syarikat Britain yang melabur di sini, termasuk Rolls Royce, yang bekerjasama dengan Kumpulan UMW untuk membuka kemudahan baharu di sini beberapa bulan lagi.

“Kami sedang berbincang dengan beberapa syarikat (berpangkalan di Britain) melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (mengenai kemungkinan pelaburan). Kami tidak nampak sebarang gangguan pelaburan atau perdagangan (dengan Britain),” katanya kepada pemberita selepas perbincangan panel mengenai ‘Malaysia-Britain, Rakan Kongsi Dunia Selepas Brexit’ di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Perdagangan Antarabangsa United Kingdom, Dr Liam Fox berkata, sesetengah orang meramalkan keputusan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) akan menyebabkan bencana ekonomi kepada negara itu.

“(Tetapi) apa yang berlaku ialah negara kami terus berkembang dengan kukuh, data pengangguran kami terus jatuh manakala data pekerjaan kini pada paras tertinggi dalam sejarah.

“Kami juga menyaksikan peningkatan keyakinan pengguna dan perbelanjaan pengguna kerana asas ekonomi kami kekal sama (selepas Brexit),” katanya.

Jika ada sesuatu berlaku selepas Brexit, kata Fox, ialah Britain kini menjadi tempat lebih menarik untuk pelaburan berbanding sebelum Brexit.

“Lebih menarik, sebahagian angka sementara menunjukkan pelaburan langsung asing kami tetap kukuh sejak referendum tersebut.

“Jangan baca ramalan perkara buruk akan berlaku, pergi dan lihat ekonomi sebenar kerana ia akan memberi jawapan tepat kepada apa yang sedang berlaku.

“Ada golongan yang tidak mahu Britain keluar daripada EU dan sesetengahnya tidak mahu kami berjaya dalam usaha ini (Brexit), tetapi kami telah berjaya kerana kami mempunyai asas ekonomi yang kukuh dan kami seiring dengan globalisasi Eropah serta pelbagai peluang yang dihasilkannya,” tambah Fox. – BERNAMA

Tags: brexitBritainDatuk Seri Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

31/07/2024
0

LONDON : Britain menggesa rakyatnya di Lubnan meninggalkan negara itu, dan memberi amaran bahawa ketegangan di sepanjang sempadan Israel dijangka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd