• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepala Hampir Putus Masih Mampu Jalan Minta Tolong

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMAJA ini masih dapat menahan kesakitan meskipun kepalanya hampir putus akibat diserang dengan pisau oleh perompak. Dia juga masih boleh berjalan untuk mendapatkan bantuan.

Pablo Patrik terpaksa berjalan dalam keadaan tegak sambil memegang kepalanya. Dia ditemui oleh pasukan perubatan ketika duduk di tepi jalan di Ponta da Vigia, Penha di Brazil.

Pisau telah digunakan oleh perompak untuk memotong separuh leher mangsa yang berusia 18 tahun itu, sehingga mendedahkan tisu dan otot.

Meskipun hampir putus kepala, remaja itu berada dalam keadaan tenang tatkala menceritakan mengenai kejadian ngeri tersebut kepada petugas perubatan.

Menurut Pablo, dia diserang sekitar pukul 8 malam oleh tiga lelaki yang turut merompak telefon bimbitnya. Dia cuba melawan namun mereka lebih kuat daripadanya dan menggunakan pisau untuk cuba memotong kepalanya.

Namun Pablo terselamat apabila dia berpura-pura meninggal dunia dan mereka kemudian mencampakkan remaja lelaki tersebut ke dalam kawasan hutan berhampiran.

Keesokan paginya, dia bangun dan berjalan di tepi jalan sebelum ditemui oleh seorang anggota bomba yang kemudiannya menghubungi talian kecemasan 911.

Dia dibawa ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya. Setakat ini tiada laporan mengenai keadaannya didedahkan. Polis juga sedang mengesan penjenayah terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kepala Hampir Putus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd