• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempat Najip Ali Selaku Juri MLM 2017 Diganti Lain

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan pelawak Najib Ali yang terlibat dalam kontroversi menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi rancangan bual bicara komedi berjudul OK Choppe! di Singapura, dilaporkan tidak akan lagi menjadi juri tetap program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017.

Menurut seorang sumber kepada Harian Metro, tempat Najip bakal diganti dengan seorang lagi bintang lain yang juga merupakan bekas pengkritik program realiti itu.

Identiti pengganti Najip hanya akan diketahui pada Jumaat ini menerusi siaran langsung MLM yang bermula jam 10 malam menerusi saluran Astro Warna dan Mustika HD.

Ditanya mengenai maklumat yang diterima ini, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad bagaimanapun enggan mengulas isu ‘panas’ tersebut dengan lebih lanjut.

“Buat masa sekarang, pihak kami tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara ini,” katanya ringkas. Selain Najip, juri tetap lain ialah Datuk Rosyam Nor, Luna Maya dan Neelofa.

Difahamkan, ‘ketiadaan’ Najip dalam program realiti mingguan itu susulan Angkatan Karyawan Nasionalis (AKAR) dalam satu kenyataan mendesak bintang itu menggantungkan diri.

Ia dibuat sebagai tanda penyesalan mengeruhkan hubungan rakyat dan pemimpin dua negara. Selain itu, persatuan SENIMAN juga dijangka bakal membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Jumaat ini.

Tempat Najip Ali Selaku Juri MLM 2017 Diganti Lain

OK Choppe! yang bersiaran setiap Rabu malam itu menjadi kontroversi susulan pertanyaan hos, Vernetta Lopez yang berbunyi: “Najib slams ____ for threatening Malaysia’s progress” atau dalam bahasa Melayu: “Najib membidas ____ kerana mengancam perkembangan negara.”

Bagaimanapun, jawapan yang diberi selebriti yang hadir iaitu Najip Ali, Mike Kasem, Rishi Budhrani dan Sam See pada program itu dilihat seolah-olah menyindir pemimpin Malaysia.

Menerusi soalan itu, Najip dilihat cuba menjadikan Perdana Menteri sebagai bahan jenaka dengan menjawab “Najip with the ‘P’ slams Najib with the ‘B’ (Najip huruf ‘P’ bidas Najib huruf ‘B’).” – MYNEWSHUB.CC

Tags: Najip AliOK Chope!Singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd