• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Patah Kaki Dirempuh Mat Rempit

oleh Ahmad Albab
07/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malang berganda buat seorang penunggang motosikal apabila mangsa bukan saja dirempuh sekumpulan mat rempit hingga menyebabkannya patah kaki, malah turut disamun dalam kejadian di Lebuhraya Besraya menuju Balakong di sini, awal pagi semalam.

Menurut sumber polis, dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 37 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Cheras, sebelum secara tiba-tiba dirempuh daripada belakang oleh sekumpulan lima lelaki yang menunggang motosikal.

Katanya, sekumpulan mat rempit terbabit dipercayai baru saja melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan anggota polis di beberapa kawasan di lebuh raya berkenaan sebelum merempuh lelaki malang itu.

“Ekoran dirempuh daripada belakang, mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh. Bagaimanapun sangkaan mangsa melihat kumpulan lelaki terbabit berhenti bagi membantunya ternyata meleset apabila mangsa disamun yang mengakibatkan dia kerugian RM500.

“Semua suspek segera beredar sebaik melarikan wang mangsa tanpa membantunya. Mangsa kemudian berjaya dibantu oleh orang awam yang kebetulan melalui lokasi kejadian sebelum menghubungi ambulans,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. – Harian Metro

Tags: Mat Rempit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

01/08/2024
0

Iskandar Puteri : Lapan penunggang motosikal dan seorang pembonceng yang melakukan aksi 'Superman' ketika menunggang motosikal dicekup Skuad 42 Bahagian...

Mahu Beraya, 57 Mat Rempit Serah Diri Lepas Sembunyi Di Kebun Sawit

Mahu Beraya, 57 Mat Rempit Serah Diri Lepas Sembunyi Di Kebun Sawit

23/04/2023
0

Seramai 57 ‘mat rempit’ sanggup menyerah diri kepada polis gara-gara hendak berhari raya selepas enam jam bersembunyi di dalam sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd