• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagu Tema, Iklan TV KL 2017 Disiarkan Tidak Lama Lagi

oleh AK-47
04/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lagu tema khas dan iklan tv Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (KL 2017) akan disiarkan tidak lama lagi bagi mencetuskan semangat dan kesedaran orang ramai terhadap sukan itu.

Ketua Pegawai Operasi Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) Shaiful Subhan berkata penyiaran lagu tema dan iklan tv itu adalah sebahagian daripada aktiviti promosi sukan berkenaan yang sedang berjalan.

“Kami menjangka lagu dan iklan tv itu dapat dilancarkan dalam masa sebulan dua ini dan bila pintu dibuka pada 19 Ogos, setiap orang begitu teruja dengan sukan itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menerbitkan lagu tema untuk acara sukan bukan sesuatu yang baharu.

Sukan utama seperti Olimpik, Piala Dunia FIFA, Sukan Komanwel mempunyai lagu tema sendiri, katanya.

Bagi Sukan SEA sebelum ini, Singapura menerbitkan album muzik rasminya sendiri buat sukan itu.

Dalam pada itu, Shaiful menyeru orang ramai mendaftar untuk Larian Obor KL 2017, yang diadakan di seluruh negara mulai 14 Mei, selepas Larian Baton yang telah sampai di pertengahan perjalanan di Bangkok, hujung minggu lepas.

Larian Baton Bangkit Bersama bagi meraikan Malaysia menjadi tuan rumah kedua-dua sukan itu, meliputi semua negara peserta, dan dijangka berakhir di Singapura pada 13 Mei sebelum bermulanya Larian Obor di Malaysia pada 14 Mei.

“Bermula di Johor Bahru, obor akan dibawa menjelajah ke seluruh negara sehingga awal bulan Ogos dan tiba di Kuala Lumpur. Kemudian obor itu akan dibawa masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada upacara perasmian pembukaan untuk nyalakan cauldron.

“Pengumuman rasmi mengenai larian obor ini akan dibuat tidak lama lagi, selepas itu khalayak ramai boleh mendaftar menjadi pelari di laman web KL 2017 dan pilih lokasi larian mereka,” kata beliau.

Obor yang direka khas itu dijangka dipamerkan kepada umum oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin minggu depan.

Sukan SEA ke-29 dijadual berlangsung dari 19-31 Ogos sementara Sukan Para ASEAN dari 17-23 Sept. – BERNAMA

Tags: Iklan TVKL 2017Lagu Tema
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penajaan KL 2017 Cecah RM69 Juta – Khairy

30/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Penajaan bagi Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) sudah mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd