• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saudi Fatwa Wanita Boleh Jadi Kadi Urus Pernikahan

oleh
04/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Percaya atau tidak, wanita Arab Saudi bakal boleh menjalankan pernikahan pasangan yang ingin berkahwin secara sah, menurut laporan portal tempatan Arab News.

Ia memetik satu fatwa terbaharu yang dikeluarkan oleh seorang anggota Majlis Ulama Kanan Arab Saudi, Sheikh Abdullah Al-Manea dan disiarkan Okaz, sebuah akhbar popular berpangkalan di Jeddah.

Beliau menyatakan, tugas mereka itu sekadar mencatat dokumen kontrak perkahwinan dan “jika Kementerian Kehakiman meluluskannya, maka tidak ada sebarang halangan dari segi isu undang-undang”.

Namun untuk melayakkan diri bagi mendapatkan lesen, pemohon perlu mempunyai tatasusila yang baik dan tiada rekod jenayah, mendapat sokongan daripada dua ulama Islam dan mesti berusia 25 tahun ke atas.

Saudi Fatwa Wanita Boleh Jadi Kadi Urus Pernikahan
Sheikh Abdullah Al-Manea

Ini bukanlah fatwa kontroversi pertama yang pernah dikeluarkan oleh Sheikh Abdullah sendiri dan dikatakan begitu cenderung dalam menyebelahi kebajikan golongan wanita Arab Saudi selama ini.

Pada September lalu, beliau ada berkata bahawa wanita adalah penjaga diri mereka sendiri dan mempunyai hak untuk menguruskan semua ehwal berkaitan diri mereka kecuali dalam perkahwinan.

Seorang peguam tempatan, Nojoud Qasim yang turut sependapat memberitahu Arab News, sebenarnya tiada pun halangan dari segi undang-undang bagi wanita untuk menjalankan pernikahan.

Malahan ujar beliau lagi, memang terdapat permintaan yang tinggi bagi kerjaya tersebut dalam kalangan wanita Arab Saudi “jika mereka diberi peluang”. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab Saudifatwa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd