• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Cheng Hoe Adalah Satu Pengorbanan

oleh AK-47
04/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan Tan Cheng Hoe meletak jawatan sebagai pengendali pasukan Kedah bagi menggalas tanggungjawab selaku pembantu jurulatih skuad negara dianggap satu pergorbanan oleh rakan sejawatnya.

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B.Sathianathan berkata tindakan yang mengejutkan semua penyokong skuad Lang Merah itu tepat sekiranya Cheng Hoe berhasrat membantu memulihkan semula imej bola sepak negara.

Sathianathan yang merupakan rakan sejawat pengendali kelahiran Kedah itu dalam kempen Liga Malaysia, yakin keputusan tersebut dibuat tanpa sebarang paksaan dan merupakan satu pengorbanan yang besar demi negara.

“Kita tidak boleh halang keputusan itu. Saya lihat ia sebagai tindakan yang tepat kerana mungkin beliau mahu menimba lebih pengalaman dengan menjadi pembantu Mario Gomez dalam skuad kebangsaan.

“Lagi pun bukan mudah sebenarnya untuk beliau meninggalkan pasukan Kedah, tetapi inilah pengorbanannya demi bola sepak negara. Jika itu pilihannya, kita harus sokong,” katanya kepada Bernama.

Sathianathan percaya kehadiran Cheng Hoe sebagai pembantu Gomez pasti dapat memberikan nafas baharu serta kelainan pada corak permainan skuad Harimau Malaya.

Menurutnya, ideologi permainan dimiliki Cheng Hoe yang merupakan watak penting dalam membentuk Kedah menjadi sebuah pasukan hebat adalah berbeza berbanding kebanyakan jurulatih tempatan.

“Kejayaan yang dikecapi Kedah dan apa saja yang kita lihat ada pada Kedah dalam tempoh terdekat ini semuanya adalah hasil kerjanya.

“Sebagai Presiden PJBM saya amat bangga kerana seorang anak tempatan yang mempunyai rekod cemerlang seperti beliau diberi penghormatan untuk menjadi orang kedua dalam barisan kejurulatihan skuad kebangsaan,” katanya.

Justeru, Sathianathan menasihatkan agar Cheng Hoe dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk duduk berbincang secara profesional bagi menyelesaikan isu berhubung masalah berkenaan.

“Jika masih ada baki kontrak bersama Kedah, beliau perlu bersemuka dan berbincang dengan cara yang baik mengenai situasi ini,” tegas Sathianathan.

Dalam pada itu, ditanya sama ada Cheng Hoe boleh meneruskan tugasnya bersama Kedah sambil mengalas tanggungjawab sebagai pembantu jurulatih kebangsaan pada masa yang sama, Sathianathan menegaskan ia adalah mustahil.

Beliau berkata langkah itu hanya akan menyukarkan keadaan dan akhirnya menjejaskan reputasi Cheng Hoe sebagai seorang jurulatih.

“Tugas sebagai pembantu jurulatih kebangsaan adalah sukar. Anda bukan saja perlu menyaksi dan menilai prestasi pemain-pemain dalam liga tempatan, tetapi juga perlu ke luar negara untuk melihat perkembangan pasukan negara lain.

“Jika beliau memegang dua jawatan, tidak mustahil akan timbul isu seperti dituduh hanya menyebelahi pemain Kedah, jadi lebih baik hanya menumpukan pada satu jawatan sahaja dan elak daripada menghadapi kesukaran yang boleh memakan diri,” katanya. – BERNAMA

Tags: B.SathianathanTan Cheng Hoe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

FAM Beri Bayangan Positif Status Kontrak Cheng Hoe

16/12/2018
0

SEPANG – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan positif mengenai kedudukan Tan Cheng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd