• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Sentiasa Tingkat Usaha Jaga Pulau Sembilan

oleh Ahmad Albab
04/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan Perak akan sentiasa meningkatkan usaha menjaga dan memelihara Pulau Sembilan di Bagan Datuk daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, tegas Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menurut Zambry, sebelum ini pihaknya telah mengambil langkah menutup pulau berkenaan bagi membendung kegiatan pencerobohan serta melindungi flora dan fauna di pulau berkenaan.

“Saya sendiri telah turun untuk melihat keadaan pulau itu dan titah tuanku (Sultan Perak) untuk memastikan agar Pulau Sembilan dijaga, akan kita pastikan.

“Ini ketegasan kita dan kita juga amat prihatin terhadap apa yang berlaku di Pulau Sembilan,” katanya pada sidang media selepas istiadat perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam titah perasmian menegur sikap pengusaha pelancongan yang tidak menghormati peraturan dan kawalan ditetapkan pihak berkuasa sehingga menyebabkan Taman Negeri di Pulau Sembilan yang unik dan istimewa kini terjejas.

Exco Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi sebelum ini mengumumkan Pulau Sembilan ditutup kepada sebarang aktiviti pelancongan berkuat kuasa 1 April disebabkan berlaku kerosakan ekosistem.

Selain itu, Zambry berkata pihaknya juga mengambil perhatian titah Sultan Nazrin yang mahu keaslian Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar dilindungi dan dipertahankan sebagai satu warisan dengan mengekalkan saiz dan reka bentuknya.

“Langkah memulihara dan menjaga masjid itu akan diambil serta dipastikan tidak diganggu atau cuba diubah untuk tujuan pembesaran oleh mana-mana pihak,” katanya.

Masjid Ubudiah disenaraikan di tempat keempat dalam kalangan lima masjid yang cantik lagi menakjubkan di dunia selain Masjid Abu al-Abbas al Mursi di Iskandariah, Mesir; Masjid Kul Sharif di Kazan, Rusia; Masjid Biru di Istanbul, Turki dan Masjid Sheikh Zahid di Emiriah Arab Bersatu.

Menurut Zambry, kerajaan negeri juga akan memastikan jabatan dan agensi kerajaan sentiasa cekap dan telus. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd