• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia Taja 2 Pelajar Malaysia Ikuti Pengajian Nuklear

oleh Ahmad Albab
05/04/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Rusia menerusi kedutaan negara itu di sini telah menawarkan biasiswa penuh kepada dua pelajar Malaysia bagi mengikuti program pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Tenaga Nuklear.

Penolong Pengarah, Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia, Alena Belozertseva berkata tawaran biasiswa itu adalah sebagai langkah untuk pertukaran ilmu antara Rusia dan Malaysia.

“Setiap tahun, kami menerima kedatangan kira-kira 600 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka di Rusia terutama dalam bidang perubatan dan kejuruteraan,” katanya kepada Bernama sempena majlis sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Moscow dan Kuala Lumpur, di sini semalam.

Pada masa ini, kerajaan Rusia menawarkan 11 biasiswa dan dua darinya diperuntukkan untuk program ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Tenaga Nuklear.

Sementara itu, Duta Rusia di Malaysia, Valery Yermolov berkata beliau berharap akan wujud penerbangan langsung antara Moscow dan Kuala Lumpur dalam masa akan datang.

“Malaysia adalah sebuah destinasi menarik untuk dikunjungi dan sejumlah kira-kira 50,000 rakyat Rusia melawat Malaysia setiap tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad, yang mewakili kerajaan Malaysia pada majlis itu, berkata tawaran dua biasiswa itu adalah petanda baik bahawa negara bekas Soviet itu ingin berkongsi kepakaran mereka dalam bidang teknologi canggih dengan Malaysia.

“Hubungan diplomatik ini akan menjadi lebih kukuh dan ia pasti memberi manfaaat kepada generasi akan datang,” katanya.

Mengenai cadangan mengadakan penerbangan langsung, katanya, cadangan tersebut perlu dipertimbangkan oleh Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia.

“Rusia adalah sebuah negara yang besar. Penerbangan tidak semestinya hanya ke Moscow…mungkin ia dari Kuala Lumpur ke bahagian timur Rusia kerana tempat itu menarik untuk dikunjungi,” katanya.

Awal bulan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Malaysia sudah bersedia untuk tenaga nuklear dan laporan akhir Kajian Infrastruktur Nuklear Bersepadu (INIR) Misi Fasa 1 akan dibentangkan kepada Kabinet.

Terdahulu, lebih 100 ekspatriat Rusia dan Malaysia menghadiri majlis sambutan ulang tahun itu dan mereka turut dihiburkan dengan persembahan pemuzik Rusia yang menggunakan alat muzik tradisional negara itu. – BERNAMA

Tags: BiasiswaNuklear
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Dan Israel Berbohong, Tiada Bukti Iran Bina Senjata Nuklear

Trump Dan Israel Berbohong, Tiada Bukti Iran Bina Senjata Nuklear

18/06/2025
0

VIENNA - Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi mengesahkan tiada bukti Iran sedang membangunkan program senjata nuklear. Kenyataan...

Russia Lancar Peluru Berpandu Balistik Berkeupayaan Nuklear

Russia Lancar Peluru Berpandu Balistik Berkeupayaan Nuklear

05/11/2023
0

MOSCOW: Russia mendakwa berjaya melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua yang mampu membawa hulu peledak nuklear dari satu daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd