• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Akan Pertingkat Perniagaan Dalam Talian PKS Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
06/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan akan mempertingkatkan penglibatan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam perniagaan dalam talian bermula tahun depan sejajar dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan media sosial.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata langkah itu yang akan dilaksanakan secara kerjasama Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC) sejajar dengan trend generasi muda sekarang yang cenderung membeli secara dalam talian.

“Kita rasa peluang ini cukup besar sekali dan semalam saya telah mengadakan perbincangan dengan SME Corporation Malaysia untuk merealisasikan usaha ini.

“Kita juga mempunyai perancangan untuk mewujudkan portal bagi menembusi pasaran Asean memandangkan perniagaan dalam talian merupakan kaedah baharu dalam perniagaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Showcase Satu Daerah Satu Industri (Showcase SDSI) Peringkat Nasional 2014 di Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC) Melaka di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Shukry Md Salleh.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata usaha itu perlu dilakukan ekoran kaji selidik yang dijalankan SME Corporation Malaysia mendapati penggunaan e-dagang dalam kalangan PKS masih rendah.

Beliau berkata daripada 2,079 responden yang terlibat dalam kajian yang dilakukan dalam tempoh suku tahun pertama tahun ini, hanya 7.6 peratus PKS terlibat dalam perniagaan dalam talian.

“Daripada jumlah itu, 58.9 peratus telah menunjukkan peningkatan dari segi kecekapan dalam perniagaan mereka manakala 74.7 peratus mengaku kaedah tersebut dapat mengurangkan kos perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata menerusi kaedah dalam talian juga dapat membantu PKS tempatan untuk melebarkan pasaran perkhidmatan dan jualan produk ke luar negara terutamanya di rantau Asean.

Katanya bagi tujuan tersebut, MITI akan menyediakan bimbingan, kursus dan pendedahan kepada usahawan semua kategori PKS yang berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka menerusi urus niaga dalam talian.

Lebih 500 pempamer dari seluruh Malaysia terlibat dalam pameran tahunan bertemakan ‘Dari Malaysia ke Persada Dunia’ itu yang berlangsung selama empat hari bermula Khamis di MITC Melaka.

Showcase SDSI yang mula diperkenalkan pada tahun 2006, merupakan pameran tahunan terbesar yang menghimpunkan produk dan perkhidmatan SDSI dari seluruh Malaysia dalam usaha untuk memasar dan mempromosikannya di peringkat domestik dan global. – BERNAMA

Tags: Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd