• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Lelaki Mengaku Tak Bersalah Libat Jenayah Terancang

oleh Ahmad Albab
03/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli dan telah bergaul dengan ahli kumpulan jenayah terancang Geng William.

Low Sing Hwa, 30, Ang Boon Leong, 40, Lim Sin Chye, 45, Tham Hock Ann, 37, Liew Chee Hwa, 30, dan Choo Jia Lerk, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Nordin Hassan.

Mengikut pertuduhan, empat daripada mereka iaitu Low, Ang, Lim dan Tham didakwa telah menjadi anggota Geng William di daerah Kuantan, Pahang antara Januari 2015 hingga 4 Feb 2017.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah subseksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Dua lagi tertuduh iaitu Liew dan Choo didakwa bergaul dengan Geng William tanpa sebab pada April 2015 hingga 20 Nov 2016 di tempat sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130Y Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Ashraf Md Kamal tidak menawarkan sebarang jaminan kerana penahanan semua tertuduh dibuat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mahkamah juga membenarkan permohonan pendakwaan supaya kesemua tertuduh, diwakili peguam S.Sundarajan, dibicarakan bersama kerana ia melibatkan saksi yang sama.

Mahkamah menetapkan tiga hari bermula 31 Mei hingga 2 Jun untuk perbicaraan.

Pada 30 Dis 2016, Low dan Tham dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, berhubung kes penculikan seorang ahli perniagaan, Datuk Chin Yoke Choon, 54, bagi mendapatkan wang tebusan RM19 juta di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, pada 26 Dis 2015. – BERNAMA

Tags: Jenayah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Dua Lelaki Bergaduh Pegang Gergaji, Parang

17/11/2021
0

JAWA: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan dua penduduk di Jalan By Pass Ir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd