• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

John Cena Lamar Kekasih Di Gelanggang WWE

oleh AK-47
04/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HABIS tercenggang kira-kira 65,000 penonton yang menyaksikan Wrestlemania 33 apabila penggusti terkemuka Amerika Syarikat, John Cena melamar kekasihnya di dalam gelanggang gusti World Wrestling Entertainment (WWE).

Mirror melaporkan, penggusti berusia 39 tahun itu, melamar Nikki Bella yang juga menceburi bidang sama apabila mereka berdua bergandingan menewaskan lawan mereka, The Miz dan Maryse di Stadium World Camping di Orlando pada Ahad.

Bekas juara WWE itu melutut sebelah kaki sebelum melamar Bella yang berusia 33 tahun yang kemudiannya bersetuju untuk mengahwini Cena.

John Cena Lamar Kekasih Di Gelanggang WWE

Bella nyata terkejut dengan lamaran tersebut namun menerimanya dengan gembira sambil mendapat sorakan daripada penonton.

John mendedahkan, dia pernah menyuarakan hasrat untuk mengahwini Bella tetapi mahu melamar wanita itu secara rasmi sambil disaksikan puluhan ribuan penonton di gelanggang gusti.

“Saya bertanya kepadanya bahawa satu hari nanti saya akan mengahwini dan dan mahu jawapan ‘ya’ daripadanya.

“Saya hanya meminta dia berkata ‘ya’ sekali lagi di hadapan orang ramai,” kata John.

“Pada ulang tahun kami yang ketiga, John akhirnya mengakui perkahwinan bukan perkara yang menganggunya dan dia mahu berkahwin dengan saya.

“Saya mahu dia sepanjang hidup dan saya tidak boleh hidup tanpanya,” kata Bella.

Pasangan itu bercinta sejak 2012 selepas Cena berpisah dengan kekasihnya yang dikenali sejak kecil, Elizabeth Huberdeau. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Artis Hollywoodgusti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nor ‘Phoenix’ Diana Pencetus Wanita Berhijab Terlibat Gusti

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Begitulah perumpamaan untuk menggambarkan kejayaan seorang...

Nordiana, Wanita Bertudung Pertama Juarai Gusti

08/07/2019
0

SHAH ALAM - Seorang wanita bertudung yang dikenali sebagai Nordiana yang menjuarai pertandingan gusti di mana videonya tular baru-baru ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd