• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johari Cadang Debat Tun Mahathir, Nazri Di Hotel

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini mencadangkan debat antara Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diadakan di hotel.

“Kalau tidak boleh (permit), buat program (debat) di hotel, selesai masalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Komuniti Sihat Tanpa Asap Rokok anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Kampong Pandan Settlement, di sini hari ini.

Johari yang juga Menteri Kewangan Kedua, berkata segala isu dan persoalan yang ditimbulkan Dr. Mahathir dan pihak-pihak tertentu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebenarnya telahpun dijawab kerajaan.

Johari berkata isu-isu yang dibangkitkan itu juga boleh dirujuk dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembatalan permit debat berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada 7 April ini, atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

Johari berkata kerajaan bersikap terbuka dan sentiasa berusaha menyelesaikan isu berkaitan IMDB.

“Kita sudah terbuka. Apa yang orang cakap semua ada dalam laporan PAC. Isu ini (1MDB) sudah berlarutan sejak enam tahun lalu, jadi memang kita tengah cari penyelesaian untuk macam mana hendak bangunkan aset-aset 1MDB,” katanya.

Dilaporkan, Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis lepas, menyatakan 1MDB selesai membayar semua hutangnya berjumlah RM3 bilion sepanjang dua tahun lalu selain tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek pada masa ini.

Sementara itu Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor memuji tindakan polis membatalkan permit debat berkenaan atas faktor keselamatan kerana ia dikhuatiri menimbulkan kekecohan.

Yang Dipertuanya Tan Sri Dr. Abu Hassan Omar, berkata debat itu boleh menjurus kepada pertelingkahan penyokong kedua-dua belah pihak. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul AzizdebatMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

01/08/2023
0

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok dari Perikatan Nasional, Syahir Sulaiman membuat pusingan U berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd