• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanjung Emas Waterfront Tarikan Baharu Muar

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Tanjung Emas Waterfront yang dirasmikan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim hari ini bakal menjadi tarikan baharu dan melonjakkan sektor pelancongan daerah ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri berkata projek yang menelan kos RM18.1 juta dan terletak di sepanjang tebing kiri Sungai Muar itu diyakini bakal memberi manfaat besar kepada penduduk di daerah ini.

“Kita berharap dengan adanya prasarana baharu ini, ia dapat merangsang sektor pelancongan dan perniagaan di kawasan ini berikutan keadaan air sungai yang bersih dan menarik sehingga menjadi tarikan orang ramai untuk berkunjung ke Bandar Diraja ini.

“Inisiatif ini sekali gus membolehkan penduduk terutama yang tinggal di tebing sungai terus mencari rezeki dengan menangkap ikan dan udang yang sememangnya banyak terdapat di sini,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Tanjung Emas Waterfront, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Hamim berkata kerajaan sentiasa meletakkan keutamaan bagi membangunkan kawasan luar bandar yang juga sebahagian daripada tulang belakang pembangunan negara.

“Sebelum ini projek pengindahan sungai Muar dilakukan selepas sebahagian besar daripada struktur perlindungan tebing sungai ini runtuh dan berkeadaan kritikal berikutan kejadian air pasang surut dan juga banjir,” katanya.

Beliau berkata projek yang dilaksanakan Jabatan ​Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dengan ​kerjasama ​pelbagai agensi itu merangkumi pembinaan penahan ​hakisan tebing, kerja-kerja landskap dan pengindahan ​kawasan.​

Projek Tanjung Emas Waterfront sepanjang 3.5 kilometer di tebing Sungai Muar bermula dari Tanjung Emas hingga kuala Sungai Abong itu memberi peluang kepada pelancong menikmati keindahan kawasan sekitar dengan menyelusuri sungai di Bandar Maharani ini menerusi perkhidmatan bot yang disediakan. – BERNAMA

Tags: Pelancongan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

29/06/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd