• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja 16 Tahun Mati Lemas Di Tanjung Bidara

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Hasrat seorang remaja berusia 16 tahun menyambut Hari Keluarga di pantai Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Alor Gajah berakhir tragedi apabila ditemukan mati lemas tengah hari tadi.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka mangsa, Muhammad Hamdani Mohd Asri dijumpai anggota pasukan penyelamat dan orang awam kira-kira 20 meter dari pesisir pantai pada 12.30 tengah hari.

“APM menerima panggilan daripada Pusat Kawalan Melaka Tengah pada 10.40 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 11.15 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seorang lagi mangsa berjaya diselamatkan oleh pengunjung resort di pantai berkenaan iaitu abang kepada mangsa, Redzuan Ariff, 24, yang ditemui pada 11 pagi dan terus dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk pemeriksaan lanjut.

Kenyataan itu menyebut operasi menyelamat melibatkan sembilan anggota bomba dengan bantuan agensi penguat kuasa termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APM dan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A. Asmadi Abd Aziz yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – BERNAMA

Tags: mati lemasremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd