• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permit Debat Dibatalkan Atas Faktor Keselamatan

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Permit debat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 7 April ini dibatalkan atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam, menurut polis.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata polis menerima 18 laporan daripada orang awam di Selangor yang membantah debat yang dijadual diadakan di Kompleks Karangkraf di sini.

“Sehingga kini, polis menerima bantahan-bantahan secara bertulis iaitu 18 laporan polis yang dibuat orang awam. Mereka amat bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga.

“Justeru, polis membatalkan permit penganjuran debat itu dengan mengambil kira kepentingan serta keselamatan awam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Mohd Fuad berkata hasil risikan polis juga menunjukkan ada pihak tertentu yang akan membuat kekacauan pada tarikh debat tersebut.

Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata pihaknya menerima surat pembatalan permit kebenaran debat daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat.

Pembatalan itu dibuat sehari selepas Hussamuddin mengumumkan pihaknya telah mendapat kebenaran untuk mengadakan program itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul AzizdebatMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

01/08/2023
0

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok dari Perikatan Nasional, Syahir Sulaiman membuat pusingan U berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd