• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Mangsa Pesawat MH17 Warga Australia Dikenal Pasti

oleh Ahmad Albab
06/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE – Kesemua 38 mangsa warga Australia yang terkorban dalam pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, kini sudah dikenal pasti, umum Kerajaan Australia berdasarkan pihak berkuasa Belanda.

Satu kenyataan bersama daripada Perdana Menteri Australia Tony Abbott dan Menteri Luar Julie Bishop menegaskan tekad kerajaan untuk mengheret penyerang ke muka pengadilan tidak pernah berganjak.

“Penemuan, pengenalpastian dan pengumpulan mayat mangsa merupakan proses yang sukar tetapi cermat,” kata kenyataan itu.

“Ini saat-saat yang cukup menyulitkan buat keluarga berkenaan dan juga seluruh rakyat Australia.

“Selepas menunggu sekian lama, kita sekarang mendapat kepastian bahawa mangsa Australia itu telah diberikan digniti an penghormatan sewajarnya”.

Pihak berkuasa Belanda menyatakan sejumlah 292 mangsa penerbangan MH17 kini dikenal pasti dengan positif.

Pesawat Malaysia Airlines itu ditembak jatuh pada 17 Julai, mengorbankan kesemua 298 orang di dalamnya.

Lebih dua-pertiga daripada mereka ialah warga Belanda.

Bangkai pesawat itu yang ditemui di lokasi ia terhempas akan dipasang semula untuk tujuan siasatan di sebuah pangkalan tentera di Netherlands. – BERNAMA

Tags: MH17
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd