• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atipsom: Polis Selamatkan Wanita Warga Indonesia

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Polis menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia berumur 44 tahun yang dilaporkan bekerja tanpa dibayar gaji oleh majikannya sejak tiga tahun lepas di sebuah rumah di sini, 25 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt. Zaldino Zaludin berkata bertindak atas maklumat daripada Kedutaan Indonesia, sepasukan lapan anggota termasuk dua pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, melakukan serbuan pada 1 pagi, hari yang sama.

“Dalam serbuan itu, polis menahan majikan mangsa yang merupakan seorang doktor berusia 37 tahun. Suspek telah pun diambil keterangan dan dilepaskan dengan perintah mahkamah pada hari yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada Karnival Kepolisan Masyarakat dan Bandar Selamat yang dirasmikan Timbalan Ketua Polis Negeri, SAC Muhamad Zaki Harun di Dataran Nilai, dekat sini.

Mengulas lanjut, Zaldino berkata mangsa yang bekerja sebagai pembantu rumah itu kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Kuala Lumpur.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman sebat dan hukuman penjara mandatori, jika disabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusiawarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd