• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permintaan Tinggi Kereta Mampu Milik, Prospek Proton Cerah

oleh Ahmad Albab
06/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd menyasarkan 2015 sebagai tahun lebih baik baginya dengan unjuran jualan meningkat tiga kali ganda berikutan peningkatan permintaan terhadap kereta mampu milik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata jualan itu dijangka akan dipacu kereta kompaknya, Iriz serta model terkini Suprima S Standard yang baharu dilancarkan.

“Prestasi Iriz amat baik ketika ini dan menerusi pelancaran Suprima S Standard memaparkan lagi komitmen kami memenuhi permintaan pengguna yang mahukan kereta mampu milik dan berbaloi untuk wang mereka,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Suprima S Standard oleh Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini, hari ini.

Aspek perlindungan dan keselamatan pengguna sememangnya menjadi keutamaan Proton. Ia bermula dengan pengukuhan struktur keselamatan yang mana seperti model Premium dan Eksekutif Suprima S, kerangka badan model Standard itu turut direka bagi menyerap impak tekanan.

Mengulas mengenai kejadian beg udara buatan Takata dipasang dalam kereta Honda City yang meragut nyawa seorang wanita hamil dalam satu nahas, Abdul Harith berkata : “Perkara sedemikian adakalanya berlaku biarpun pihak pengeluar sudah mencuba sedaya upaya bagi mengelaknya.

“Kami perlu memastikan dari peringkat ujian awal bahawa perkara sebegini tidak berlaku. Ujian peringkat awal sememangnya amat penting. Sebaik saja ujian itu diluluskan, jangan ubah spesifikasi, sebaliknya ikuti sahaja.”

Beliau turut menegaskan syarikat itu tidak menggunakan beg udara keluaran Takata bagi kenderaannya kerana kereta Proton sememangnya selamat.

Abdul Harith bagaimanapun enggan mengulas kemungkinan kerjasama syarikat kereta nasional itu dengan Honda Motor Co Ltd, sebagaimana diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Dewan Rakyat, bulan lepas.

Proton turut mengumumkan keputusan Pertandingan Reka Bentuk pertamanya yang menyaksikan dua pelajar Muhammad Amiruddin Abu Bakar, 17, dan Pow Ying Hern, 25, masing-masing memenangi kategori satu (13-17 tahun) dan kategori dua (18-25 tahun).

Abdul Harith, yang nyata yang kagum dengan visi futuristik anak muda tempatan berkata sejumlah 337 penyertaan diterima bagi pertandingan itu.

“Proton akan menganjurkan pertandingan lebih besar tahun depan, termasuk satu kategori profesional.

“Hak intelektual penyertaan kali ini adalah milik kami dan kami akan menimbangkan reka bentuk itu bagi keluaran model terbaharu kelak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Proton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd