• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kalah Saman Kosmo!, Shila Muat Naik Status ‘Pedas’

oleh AK-47
02/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI terkenal Shila Amzah gagal dalam tuntutannya setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam menolak samannya terhadap seorang wartawan akhbar Kosmo! dan dua pihak lagi berkenaan.

Ia berhubung satu artikel yang pernah disiarkan oleh akhbar harian berbahasa Melayu popular tersebut pada pada tarikh 17 September 2014 lalu.

Kalah Saman Kosmo!, Shila Muat Naik Status 'Pedas'

Hakim Datuk Rosnaini Saub menolak saman yang difailkan penyanyi lagu ‘Patah Seribu’ itu selepas mendapati artikel diterbitkan defenden  tidak berniat jahat dan mengandungi ulasan saksama.

Mahkamah turut memerintahkan Shila selaku plaintif membayar kos sebanyak RM20,000 kepada ketiga-tiga defendan iaitu wartawan hiburan akhbar Kosmo!, Maliah Surip, 36, pengarang akhbar itu dan penerbit akhbar berkenaan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Shila menfailkan saman itu pada 16 Januari 2015 berikutan merasakan akhbar kosmo telah melakukan fitnah terhadapnya berhubung beberapa artikel yang menyatakan konsert ‘Shila Amzah-Love Live in Malaysia’ pada 13 September 2014 ditaja oleh syarikat judi terbesar di negara ini.

Selain itu, Shila dalam pernyataan tuntutannya turut mendakwa akhbar tersebut menyatakan dia memperlekehkan media berbahasa Melayu.

Artikel itu dikatakan dibuat berdasalkan status yang dimuat naik laman Instagram ‘Shilaamzah_photography’, yang memuji pihak media khususnya media berbahasa Cina kerana membuat liputan meluas konsert tersebut.

Padahal, Shila mendakwa dia tidak mengenali pemilik akaun Instagram itu dan status tersebut tiada kaitan dengannya.

Pada perbicaraan itu, Shila, 27, diwakili peguam K. Mahendra.

Sementara itu, menerusi laman Instagram Shila, bintang yang terkenal di China ini memuat naik status sindiran pedas berhubung kekalahannya itu.

“Alhamdulilah.. doa orang teraniaya pasti akan termakbul. Mungkin bukan di sini, tapi di sana.

“Fitnah makanan biasa bagi orang-orang yang bermuka dua,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kosmo!Shila Amzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KP Sinar Harian Meninggal Dunia

17/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, merangkap Ketua Pegawai Pengisian, Datuk Baharom Mahusin, 53, dilaporkan meninggal dunia pagi...

Lagi Syarikat Media Bakal Buang Pekerja, Dijangka 2,500 Orang

01/11/2019
0

PETALING JAYA - Dunia media Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pusingan pengurangan pekerja selepas situasi membabitkan tenaga kerja Utusan Melayu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd