• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Godam 4,600 Laman Sesawang Lebih Setahun

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Seorang remaja berusia 19 tahun ditangkap polis Indonesia kerana menggodam lebih 4,600 laman sesawang dan sistem komputer termasuk milik kerajaan sejak setahun yang lalu.

Remaja itu dikenali sebagai Haikal dan tidak bersekolah juga didakwa mencuri tiket penerbangan dalam sebuah laman sesawang menjual tiket dalam talian, tiket.com.

Menurut portal Tribunnews.com, tindakan itu menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian mencecah Rp6.1 bilion (RM2.03 juta).

Haikal ditangkap polis di sebuah rumah di Tangerang Selatan, Banten kelmarin, manakala tiga lagi rakannya yang membantu suspek ditahan di Balikpapan, Kalimantan Timur, dua hari lalu.

Jurucakap polis, Rikwanto berkata, aktiviti kumpulan itu mula dikesan selepas tiket.com membuat laporan adanya penggodam menceroboh sistem mereka pada 11 November tahun lalu.

“Hasil siasatan kami mengesan satu kumpulan menjual tiket penerbangan yang dicuri itu di Facebook dengan potongan harga 30 hingga 40 peratus.

“Kumpulan ini yang diketuai Haikal meraih keuntungan hampir 1 bilion rupiah (RM332,089).”

Katanya, selain laman sesawang berkenaan, remaja itu dipercayai menggodam lebih 4,600 laman sesawang termasuk milik agensi kerajaan serta polis.

“Suspek menggodam laman web berkenaan semata-mata mahu menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakannya,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

Tags: Godamlaman web
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aplikasi KK Mart Digodam, Tertera ‘Amaran Terakhir’

Aplikasi KK Mart Digodam, Tertera ‘Amaran Terakhir’

22/03/2024
0

Aplikasi mudah alih rangkaian kedai serbaneka KK Mart telah digodam hari ini, dengan perkataan "Amaran Terakhir" dipaparkan muncul pada aplikasinya....

Godam Akaun Media Sosial,  Menyamar Kenalan Untuk Pinjam Duit

Godam Akaun Media Sosial, Menyamar Kenalan Untuk Pinjam Duit

21/01/2024
0

Kuala Lumpur : Sebanyak 494 kes dilaporkan di seluruh negara berkaitan penipuan penyamaran sebagai kenalan di media sosial dengan kerugian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd