• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandelela-Nur Dhabitah Terlepas Pingat Di Kazan

oleh AK-47
31/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri, terlepas pingat acara 10m platform seirama Siri Terjun Dunia FINA Ketiga di Kazan, Rusia, pada Jumaat.

Untuk siri kali ini yang berlangsung di Kazan Aquatic Palace, Pandelela yang bergandingan buat pertama kali dengan Nur Dhabitah, menduduki tempat keempat selepas memperolehi 283.02 mata.

Acara itu dimenangi pasangan dari China, Ren Qian dan Si Yajie dengan 328.20 mata.

Pingat perak diraih gandingan Caeli McKay-Meaghan Benfeito dari Kanada dengan 291.06 mata dan gangsa menjadi milik Iuliia Timoshinina-Valeriia Belova dari Rusia dengan 284.76 mata.

Untuk rekod, dalam dua siri sebelum ini, Pandelela yang bergandingan dengan Cheong Jun Hoong dalam acara yang sama berjaya meraih pingat perak pada siri pertama di Beijing dan gangsa pada siri berikutnya di Guangzhou.

Sementara itu, Nur Dhabitah akan bergandingan dengan Ng Yan Yee dalam acara 3m papan anjal seirama pukul 6 waktu Kazan (pukul 11 malam, Jumaat waktu tempatan). – BERNAMA

Tags: Pandelela-Nur Dhabitah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Ucap Tahniah Kepada Pandelela, Nur Dhabitah

22/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada gandingan Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri...

Pandelela-Nur Dhabitah Raih Pingat Perak Di Kanada

22/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Gandingan Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri meraih pingat perak dalam acara 10m platform seirama wanita dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd