• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Loya Tekak Tengok Ayam ‘Volcano’ Darah

oleh AK-47
31/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HILANG selera makan selepas melihat video yang dikongsi pengguna Facebook, Zuyyin Haiza yang dihidangkan ayam goreng dengan masih berbuih-buih lagi darahnya.

Menerusi perkongsian Zuyyin, dia bersama rakannya ke restoran makanan segera terkenal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang bagi memberi ganjaran kepada dirinya yang berjaya menyelesaikan masalah di tempat kerja.

Dia yang sememangnya menggemari ayam goreng di restoran berkenaan sejak setahun lalu terkejut apabila menerima hidangan yang meloyakan tekaknya.

“Bersangka baik, mungkin ayam tersebut baru diambil dari peti sejuk dan digoreng tanpa dibasuh,” katanya.

Zuyyin kemudiannya menyerahkan ayam tersebut kepada penjaga kaunter bagi mendapatkan ayam goreng yang baharu.

Tetapi, dia sekali lagi ditipu apabila diberikan ayam goreng yang sama tetapi dipercayai telah digoreng kali kedua apabila pulang ke rumah.

Jelasnya, ayam bahagian paha itu kelihatan sangat meloyakan dengan darah berbuih tanpa henti meskipun telah digoreng kali kedua.

“Ingat dia gantikan ayam yang baru, sampai rumah periksa itu ayam yang sama cuma darah dah kering sebab dia goreng lain rasanya.

“Ayam yang sama cuma digoreng semula dengan darah yang keluar berbuih-buih tadi tu tak dicuci, siapa boleh makan? Siapa sanggup makan?

“We paid for this food, we paid for the service. Bukan datang minta ayam tu free,” tulisnya.

Menurutnya, kesal dengan kejadian tersebut dan tidak akan kembali lagi ke restoran makanan segera itu.

Sementara, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan mangsa membuat aduan secara terus di laman Facebook restoran makanan segera itu.

“Buat aduan dalam FB mereka, supaya tindakan boleh diambil. Nak lagi best, kalau ada nama staf dalam resit bayaran, snap gambar sekali.”

Ada juga yang berkongsi kisah yang hampir serupa, cuma yang membezakan apabila mereka meminta ayam tersebut ditukar, mereka dilayan dengan baik dan bukannya ayam yang sama diberikan semula. -MYNEWSHUB.CC

Tags: AYAM GORENGmakanan segera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pedas Ngam Ngam, Sedap Kaw Kaw

30/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Jenama ayam goreng kegemaran negara, KFC Malaysia ada juadah inovatif menyengat buat seluruh rakyat Malaysia, dicipta khusus...

Kombinasi Ayam Goreng Dan Donut Produk Baharu KFC

18/09/2019
0

KENTUCKY - Ayam goreng KFC sedap sehingga menjilat jari. begitu juga donut. Bagaimana rasanya jika dua makanan itu dikombinasikan. Itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd