• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tangkap 30 Nelayan Vietnam Di Perairan Miri

oleh AK-47
31/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan asing dari Vietnam serta merampas hasil tangkapan ikan seberat lima tan bernilai RM60,000 di perairan Miri dalam “Operasi Permai” pada Selasa lepas.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Miri Komander Maritim Mohamad Hambali Yaakub berkata, turut ditahan ialah 30 orang warganegara Vietnam berumur 19 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 10 orang kru bot berkenaan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hambali berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua bot nelayan dengan pendaftaran One United 12 dan One United 5 disyaki menangkap ikan tanpa lesen di perairan Miri.

“Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran,” katanya sambil menambah bot One United 12 ditahan pukul 7.52 malam manakala bot One United 5 pukul 8.13 malam hari yang sama. – BERNAMA

Tags: APMM MiriKomander Maritim Mohamad Hambali Yaakub
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd