• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Lemas Ketika Mandi-Manda Di Pulau Perhentian

oleh Ahmad Albab
31/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Niat seorang remaja untuk menghabiskan percutian hujung minggu bersama lapan rakannya berakhir tragedi apabila dia lemas ketika sedang mandi di Pulau Perhentian Kecil petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi memberitahu mangsa dikenali sebagai Mohd Amirul Ihsan Sulong @ Alias, 21, berasal dari Kampung Bukit Kuang, Kemaman datang ke pulau tersebut dan menginap di sebuah chalet di Pasir Panjang.

“Mangsa kemudiannya pergi ke pantai Spice River untuk mandi-manda bersama rakan-rakannya pada kira-kira 3 petang sebelum mangsa bersama dua rakannya yang lain telah kelihatan tenggelam timbul dan terkapai-kapai di dalam laut berdekatan 15 minit kemudian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, orang awam yang berada berdekatan tempat kejadian berjaya menyelamatkan dua daripada rakan mangsa, Mohd Faiq Hazwan Mohd Hizam, dan Khairul Amsyar Jasmine, masing-masing berusia 24 tahun, tetapi Mohd Amirul Ihsan gagal diselamatkan.

Mangsa kemudian ditemui oleh nelayan tempatan dan orang awam serta dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian namun disahkan telah meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Daerah Besut oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tok Bali, Kelantan untuk bedah siasat pada 7 petang semalam. – BERNAMA

Tags: mati lemasremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd